.

Sunday 13 November 2011

Hot !!! : Ahli Parlimen menyaman Blogger

Ahli Parlimen Malaysia (Silam) (dR) Hj Salleh Bin Kalbi telah membuat laporan polis terhadap satu laman blog dan meminta polis menyiasat beberapa artikel berunsur fitnah yang disiarkan oleh laman blog itu yang membabitkan dirinya dan ahli keluarga beliau. Salleh yang ditemui wartawan selepas selesai membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Beliau berkata artikel-artikel berunsur fitnah yang ditulis membabitkan dirinya dan ahli keluarganya itu secar tidak langsung telah menjejaskan kepercayaan masyarakat di kawasan Parlimen Silam terhadap kepimpinannya.

Sehubungan itu, beliau telah menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan kes fitnah yang telah ditulis oleh laman blog berkenaan dan berharap tindakan dapat diambil bagi membersihkan nama beliau dan ahli keluarganya.

Berita ini disiarkan oleh semua akhbar tempatan, tetapi tidak menyebut nama blog atau laman web yang dimaksudkan. Hanya beberapa akhbar Cina yang menamakan blog berkenaan sebagai Sabah Hari Ini./addin77
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist