.

Monday, 14 November 2011

Guru Kerja 9 Jam Bermula Tahun 2012. Apa Pendapat Anda?

Nampaknya selepas ini sekitar 5,000 guru dari 104 buah sekolah akan menjadi “bahan eksperimen” kepada sistem waktu bekerja iaitu guru kerja 9 jam mulai Januari 2012 meliputi 4 negeri seperti Pahang, Melaka, Johor & Sarawak.

Pelaksanaan guru kerja 9 jam :

  • Tempoh percubaan 6 bulan di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak untuk diperhalusi Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Tempoh percubaan bagi waktu guru kerja 9 jam di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
Walaubagaimanapun Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak bersetuju dengan pelaksanaan guru kerja 9 jam ini kerana :
  • Mana-mana guru kerja 9 jam nanti dikhuatiri akan lebih tertekan selepas terpaksa mengikut perubahan waktu kerja baru ini yang akan menganggu tugas mereka di sekolah
  • Pelaksanaan dasar guru kerja 9 jam sama seperti seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah
  • Guru ada banyak tugasnya. Mereka bukan sahaja pendidik malah guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya.
  • Ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan
Kami memang akui cabaran menjadi guru sekarang tidak seperti dahulu. Dalam banyak-banyak point yang diberikan NUTP, kami lebih tertarik kepada multitasking yang perlu guru lakukan sekarang ini bukan setakat menjadi pendidik sahaja. Ya….memang benar, boleh sahaja meminta guru-guru kerja 9 jam seperti penjawat awam yang lain, tetapi apakah kualiti tumpuan yang mampu guru berikan sama seperti sebelum daripada pengenalan pelaksanaanguru kerja 9 jam ini?
Kerana apa yang penting bagi kami adalah kualiti tumpuan guru semasa mengajar murid-muri di sekolah bukannya kuantiti yang ada.
Mungkin ada yang mengatakan mereka adalah guru, jadi kenalah berkorban. Ya…benar sama sekali. Tetapi kita jangan lupa mereka tetap manusia yang ada limitasi daripada segi tenaga dan emosinya.

Walaubagaimanapun ini masih tempoh percubaan bukan, rangka sesuatu dasar sebaiknya. Jangan kerap sangat “bertukar dasar dan jadikan guru-guru ini bahan eksperimen” setiap kali tukar menteri, pening nanti guru-guru di sekolah. Kadang-kadang benda yang mudah jadi semakin sukar. Jadi, buat kajian dengan sebaiknya.

Akhirnya, seperti yang kami katakan tadi disebalik implementasi guru kerja 9 jam ini. Yang penting, prestasi & kualiti guru-guru ni boleh ditingkatkan bukan menjadikan mereka tertekan dan hilang tumpuan dalam tugas mereka.

P/S : Ada guru-guru di sini? Apa pendapat & hujah anda – anda semua dengan pelaksanaan guru kerja 9 jam ini?

Setuju Guru Kerja 9 Jam?

-Berita semasa

16 comments:

  1. amat tidak setuju dgn rancangan mengarut tu,
    bila tukar menteri pelajaran baru mesti tukar lagi... cukuplah jadikan guru/murid sbg bhn ujikaji..

    ReplyDelete
  2. senang aje, laksanakan seluruh negara, bagi cikgu-cikgu marah, lepas tu mereka akan tunjukkan jalan keluar kpd umno dan bn. Muhyiddin Menteri Pelajaran paling bodoh selepas Hishamuddin. Buat kerja bukan nak naikkan martabat guru tapi menyusahkan. Profesion guru tak boleh disamakan dgn bidang lain. Waktu mengajar sikit tetapi beban tugasnya sgt teruk. Hanya guru sahaja yang tahu.

    ReplyDelete
  3. kalau boleh kerja 12 jam lagi baguis..biar hidup guru kerja saja hingga jadi bengong tentang masalah dan kezaliman pemerintah..Bila PRU guru-guru bingong Umno nii sokong BN.

    ReplyDelete
  4. kerja guru berurusan utk membentuk manusia...kerja pejbt lain berurusan dgn pen,kertas dan komputer...tak sama dan tak akan sama situasi, suasana dan tekanannya!

    ReplyDelete
  5. Elok le tu. Kerja ngajor ni kena 24 jam, tengah tido pun ngajo... macam pm kita, 24 jam keroja tau...24 jam weh, tido pon teringat macamana nak kekal kuasa, bukannya macamana nak jaga kemaslahatan rakyat.

    ReplyDelete
  6. SOKONG SBB RAMAI MURID YG KETINGGALAN DLM DUNIA MULTI NI..SOKONG KERAJAAN BN..

    ReplyDelete
  7. boleh, kalau gajipun naik 100%

    ReplyDelete
  8. nampaknya guru pun kena diberi elaun overtime la macam ni...

    ReplyDelete
  9. selama ni pn kerja guru dah lebih 9 jam...keje blambak2 smpai bawa balik ke rumah..tanda buku la ketas peksa la, buat bbm la...

    ReplyDelete
  10. buat pilihan terbaik --pakatan rakyat beri rm500 untuk guru --kerja seperti biasa --- tapi bn beri kenaikan 5% kerja lebih masa --ubah lah undi ada berani ka

    ReplyDelete
  11. aku berani.. tak sabar dah nak mengundi,,bila PRu erk ?

    ReplyDelete
  12. agaknya depa jeles kat kami guru tu..sure laa org keroja pejabat x tau yg cikgu ni wpun cuti cam bebudak tapi meeting + koku ..perghh kami start pagi dr kul 635am until 630pm coz ada meeting x abis2 ,x pun ada kelas tambahan kat bebudak, x pon ade aktiviti,x tau kerr name je cuti bulan 11,12 nama dah kena bertugas sampai ujung bulan 11 , bulan 12 pon 2 minggu lagi,hr sabtu kekdg ahad pon kena pg,masalah budak timpa atas guru jugak,parents pon blame guru gak, tambah2 aku warden lagi kena dok tido ngan bebudak kat asrama tinggai anak bini kat umah, letih teramat coz dah lebih dah keje 9 jam ponn balik tido skejap ,bangun lak 2-3 pagi key in markah online ler,buat Headcount ler, module ,lesson plan ler, errr..kaw kau kau yg jelesh tuu ape tau?? terukkkkkk rasa semua guru2 jgn dok buat bengong.. lu pikir la sendiri.. hang nak pangkah sapa.. tukau menteri tukau sistem pendidikan.. lain kali oghe politik tok sah dok gubal memandai pasai education ni.. buat satu badan yg diterajui org pakar pendidikan yg jg guru2 pensyarah2 pendidik2 gabung ler gomen x gomen klu nak buat dasar PPSMai ker aper2 ke kena buat kaji selidik kaji betoi2.. BuKankahh murid2, pelajar2 tuu MODAl2 INSAN pencorak masa depann?? sistem pentaksiran pulakk sangat22 x relevan kami dh tengok.. dulu Oral cuma BI,BM, tahun depann.. ORAL tu semuaa subjek lerrr .Kurangkan kos cetak?? takk...nahey hay.. setiap murid ada pulak fail just imagine kena simpan 6 years baru bleh lupus .. budak satu sekolah berapa ribu daaa.. abis nak simpan mana fail tuu..? ni dok nk pikir nak kena bina ker satu stor khas utk fail2 pentaksiran tu? PAPERLESS ENVIRONMENT? Nahey hay..mahabbat calo!

    ReplyDelete
  13. Nahey hay..mahabbat calo..
    jangan undi bn... pangkahlah PR..

    ReplyDelete
  14. ckp byk xde guna..sekian lame aku sokong BN,makin naik minyak pulak aku nengok para menteri ni..klu btol la aku kne keje 9jam,mmg xmerasa lg la korg aku punya undi..

    ReplyDelete
  15. Kajian kena pakai akal bukan pakai hentam kromo. Kita sokong kalau memberi manafaat kepada semua.Dulu kajian beban tugas guru pun belum lagi diumumkan hasilnya,dah ada kajian baru pulak. Minta kerajaan fikir habis-habis kewajarannya sebelum buat apa-apa pengumuman awal.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist