.

Tuesday 15 November 2011

Buku Politik Terbaru : Najib Terus Dibelasah Ahli Parti

Oleh : MSO

SELEPAS menghasil dan menerbit buku berjudul "Najib PM Terakhir" bekas wartawan Shahbuddin Husein mucul pula dengan buku kedua berjudul Kesilapan2 Najib. Saya kira buku ini berangkaian dan merupakan sambungan kepada buku yang pertama.

Kalau dalam buku pertama Shahbudin banyak mengkritik Najib dan memberi kata dua sekiranya Umno tidak dipulihkan kemungkinan Najib adalah PM terakhir dari Umno. Selepas ini mungkin orang Umno tidak berpeluang lagi menjadi perdana menteri.

Dalam buku pertama Shahbudin masih berselindug apakah matlamat dan tujuan beliau menulis. Tampak beliau ikhlas dan mahu melihat partinya itu berada di dalam landasan sebenarnya. Shahbudin masih berkompromi dan sayang kepada Umno. Walaupun sudah ada bunga-bunga kemarahan dan kekecewaan beliau kepada Umno yang diluahkan dalam buku itu tetapi beliau masih bersikap kompromi, dan memberi jalan keluar kepada Umno amnya dan Najib khsusunya.

Shahbuddin semacar semacam memberi peluang untuk Najib terus membaiki Umno dan mengembalikan parti itu sebagai sebuah parti yang membela bangsa Melayu.

Tetapi buku kedua ini sudah jelas Shahbudin tidak dapat menyembunyikan isi hatinya kepada Umno. Apabila beliau menyenaraikan kesalahan-keslahaan Najib baik dari segi sikapnya sebagai pemimpin polisi dan dasar diperkenalkan makin terserlah bahawa Shahbudin secara peribadi sudah tidak percayakan kepada Umno lagi. Sebagai ahli parti sepatutnya Shahbuddin tidak bertindakan demikian kerana ia boleh dianggap senagai melanggar disiplin parti. Namun kebimbang itu seperti tidak dipedulikan oleh ahli Umno Bahagian Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini.

Malahan ini buku ini paling kejam apabila beliau meminta Najib berundur demi keselamatan Umno. Memahami apa yang dituntut Shahbuddin ini menunjukkan Najib berada dalam keadaan yang parah dan tidak boleh melakukan apa-apa lagi untuk kebaikan Umno.Selanjutnya baca sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist