Monday, 7 November 2011

Bolehkah Anwar jadi PM ???

Guan Eng: Anwar tetap PM jika Pakatan tawan Putrajaya

KUALA LUMPUR, 7 Nov ― Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya meskipun Ketua Pembangkang itu disabitkan kesalahan dalam kes liwat semasa.

Lim mengulas laporan media bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempersoalkan siapa yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat kelak.

“Kami telah pun mengatakan banyak kali. Anwar (gambar) akan menjadi perdana menteri,” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Kami telah pun mengatakan siapa yang akan menjadi perdana menteri apabila Pakatan Rakyat menang (kerajaan pusat). Jadi, ia sangat jelas,” kata Lim dalam rakaman sidang media yang diadakan di George Town hari ini.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, sedang berhadapan kes liwat ― yang kedua sejak 1998 dan kini berada peringkat penghujahan selepas pihak pembela selesai membentangkan kes mereka.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Anwar berkata, berdasarkan sokongan ketika perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu pihaknya akan memperoleh kejayaan lebih baik dan berpeluang memenangi Putrajaya meskipun beliau disabitkan kesalahan.

“Beliau (Anwar) akan berada di sana (menjadi perdana menteri) meskipun pergi ke penjara. Orangnya masih Anwar. Yang itu telah diputuskan oleh kesemua parti,” kata Lim.

Dalam pada itu, Lim menegaskan bahawa undang-undang kontroversi hudud tidak akan dilaksanakan di Pulau Pinang.

“Tidak akan ada hudud. Jadi persoalan itu tidak timbul,” kata beliau merujuk laporan media memetik Dr Chua menyerang Pakatan Rakyat berhubung soal pelaksanaan undang-undang hudud.

“Saya sudah pun berkata di Dewan Undangan Negeri bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di Pulau pinang dan kemudian Umno menyerang PAS (bertanya) mengapa tiada hudud, seolah-olah Umno mahukan hudud,” kata beliau.

PAS, komponen Pakatan Rakyat, berulang kali mempersalahkan kerajaan persekutuan Barisan Nasional sebagai halangan kepada langkah pihaknya mahu melaksanakan hudud di Kelantan./themalaysianinsider

1 comment:

  1. PAS sentiasa bersetuju siapa saja(DAP/PKR) jadi PM kerana sememangnya PAS tidak berkemampuan untuk memimpin....contoh terbaik adalah pasal Hudud!

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)