.

Saturday 5 November 2011

AMBIGA tidak hiraukan teguran PAS

Pas pernah tegur Ambiga

SHAH ALAM - Semua pihak tidak wajar mengaitkan Pakatan Rakyat (PR) dalam kontroversi penganjuran program Seksualiti Merdeka hanya disebabkan sokongan gabungan itu terhadap Ambiga dalam Bersih 2.0.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad mendedahkan, pihaknya pernah menegur tindakan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang menyokong usaha mewujudkan Program Seksualiti Merdeka.

Katanya, sebaik isu itu timbul, salah seorang pimpinan Pas Selangor telah menghubungi Ambiga untuk menyatakan pendirian Pas.

Beliau berkata, Pas membantah program Seksualiti Merdeka yang didakwa bukan bertujuan memperjuangkan hak asasi, sebaliknya menjatuhkan martabat manusia.

“Saya difahamkan ada beberapa pemimpin Pas ada menghubungi dan tegur beliau (dalam isu ini), walaupun ada perkara yang kami bersetuju dengan beliau.

“Tidak wajar mengaitkan isu ini (program Seksualiti Merdeka) dengan PR mahupun hak asasi manusia. Pendirian PR jelas isu Seksualiti Merdeka,” katanya.

Khalid berkata, pihaknya menyokong Ambiga sebagai Pengerusi Bersih 2.0 termasuk isu pembaharuan sistem pilihan raya, namun dalam isu yang menyokong hubungan sejenis ini, Pas tidak bersetuju./sinarharian

2 comments:

  1. Katakan saja PAS akan menyokong apa saja perjuangan Ambiga dan sekutunya demi negara Kebajikan yang diperjuangkan PAS.

    ReplyDelete
  2. tungkaran hati.. jika lahir sebegitu ayatnya dikhuatiri anda juga sejiwa dan sehati spt ambiga. Sbbnya, anda terkategori sbg org tidak bermaklumat berkenaan negara berkebajikan yg antaranya meletakkan sandaran Islam dlm melaksanakan kebajikan bukan semberono. Adakah Islam menganjurkan seks bebas spt yg anda faham?

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist