.

Thursday, 27 October 2011

RAKYAT MALAYSIA KENA KENCING LAGI.....

Inikah Rupa Kerajaan Yang Dipertahankan?


Apakah agenda kerajaan BN dalam melengah-lengahkan perbicaraan kes saman bapa Altantuya, Setev Shaariibuu? Masakan tarikh perbicaraan sampai kini tidak ketahuan hingga pihak yang meminta keadilan menjadi bagai pengemis keadilan dalam sebuah negara yang mendakwa sebagai Negara Islam.


Mahkamah diadakan untuk memberi keadilan kepada manusia.Di situlah tempat untuk menentukan benar dan salah secara bertamadun. Ambil sahaja mahkamah rimba kalau cara yang bertamadun juga dipermain-mainkan oleh pihak yang punya kuasa. Apakah yang boleh diumpamakan kepada sebuah kerajaan yang memanipulasi keadilan? Kalau kerajaan itu boleh dianggap sebagai kerajaan rimba maka sudah pasti pemimpinnya juga datang dari kepekatan rimba.

Kerajaan inilah yang cuba dipertahankan habis-habisan oleh para oportunis dan para ‘cerdik-pandai’ di perkampungan dan kawasan Felda. Siapakah yang ingin dipertahankan? Adakah yang ingin dipertahankan itu berupa sebuah kerajaan yang korup seperti yang terdedah melalui Laporan Audit Negara 2010 atau seorang individu yang kuasanya mengatasi undang-undang Negara?

Begitu butakah mata hati rakyat Malaysia sehingga tidak dapat menghidu sosok tubuh yang begitu hodoh menggauli batang tubuh Altantuya luar dan dalam. Belum cukupkah lagi maklumat yang wajar menjadi rakyat curiga akan sosok tubuh itu? Atau sengaja ditutupkan mata atas kepentingan peribadi berupa bantuan, subsidi dan projek?



Belum cukupkah lagi bukti penyelewengan wang Negara sebagai akibat suapan 10%, 20% untuk parti dan orang tertentu dalam setiap urusan projek dan tender. Kerana persen-persen itulah kos menjadi begitu tinggi. Stadium yang sepatutnya memerlukan RM 250 juta akhirnya menelan belanja sehingga RM500 juta. Akhirnya belum sempat panas punggung, stadium runtuh menyembah bumi. Inilah kerajaan yang dipertahankan habis-habisan, by hook or by crook bersendikan pepatah biar berputih tulang, jangan berputih mata. Ptuiiii.


Sudahlah merempat, sanggup pula menjadi bangsat hanya kerana gula-gula seorang manusia. Pada tahap ke berapakah kualiti akal manusia yang terus-terusan menyokong kebobrokan pemimpin dan kerajaan seperti ini? Patutlah di zaman ini, kanak-kanak pun tahu kencingkan orang tua mereka. Agaknya aura mereka telah merasakan betapa orang-orang tua mereka sudah kencingkan masa depan mereka.



AntiKarat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist