Sunday, 30 October 2011

Muhyiddin: Rakyat tiada pilihan kecuali pilih BN | Kah Kah Kah... lawak betul

KOTA KINABALU, 30 Okt – Rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain daripada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata, rakyat di negara ini lebih terpelihara, malah bertuah berada di bawah pentadbiran perikatan itu berbanding kebanyakan negara lain.

“Dalam tempoh 54 tahun kemerdekaan negara dan kemerdekaan di Sabah kurang sedikit daripada (usia) itu, kita telah menganjak pembangunan masyarakat kita ke satu kedudukan yang lebih baik.

“Situasi negara kita yang aman, damai dan makmur terhasil atas kebijaksanaan pemimpin dan masyarakat yang mendukung prinsip kerjasama, perpaduan, saling membantu dan menghormati di antara satu sama lain,” katanya ketika merasmikan Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri di sini.

Dipetik Bernama Online, kata beliau, bagi sebuah negara yang mempunyai rakyat majmuk, kepimpinan negara sejak dahulu telah mengiktiraf perbezaan budaya dan kepercayaan sebagai kekuatan untuk membangunkan negara.

Muhyiddin berkata kejayaan kerajaan di bawah BN menyatupadukan serta membangunkan rakyat berbilang kaum dan agama turut diiktiraf oleh seluruh dunia.

“Kita telah menolak teori cendekiawan luar bahawa sebuah negara majmuk seperti Malaysia selalu tidak aman, tidak tenteram dan mundur.

“Kita telah menerima perbezaan antara kita sebagai sebahagian daripada kehidupan kita untuk membangun dengan lebih pesat,” katanya.

Muhyiddin berkata menerusi dasar-dasar yang dirangka dan dilaksanakan kerajaan BN, kadar kemiskinan juga berjaya diturunkan.

Beliau menjelaskan keadaan di Malaysia selama ini jauh lebih baik daripada negara lain yang mana rakyatnya huru-hara akibat kemiskinan, biarpun negara berkenaan kaya dengan sumber asli.

Muhyiddin berkata kerajaan memberikan subsidi untuk mengawal kenaikkan harga barangan bagi mengurangkan beban rakyat terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat.

Katanya Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia di mana kerajaannya memberi subsidi yang besar demi kebajikan rakyatnya.

Muhyiddin turut meminta rakyat Sabah terus memberi sokongan padu dan mantap kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman agar Sabah terus bergerak maju dan rakyatnya terus terbela.

Beliau berkata sokongan berkenaan harus diterjemahkan kepada kerjasama secara berpasukan supaya rakyat terus memberi mandat dan kepercayaan kepada BN untuk mentadbir negeri./TMI

1 comment:

  1. yup..rakyat memang tidak ada pilihan KECUALI MEMILIH BN UNTUK DIKUBURKAN SELAMA-LAMANYA....ha ha ha

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)