.

Saturday, 8 October 2011

Bajet 2012: Tiada Yang Menggembirakan Untuk Guru/ Kakitangan Awam

Oleh: umnopenipu

"Pembentangan Bajet 2012 (sepatutnya gunalah istilah belanjawan) pada 7hb Oktober 2011 oleh PM Datuk Seri Najib menerima komen (sebagaimana yang dijangka) yang amat manis dari para pengampu dan rakyat yang terbelenggu mindanya. Paling menjengkelkan ialah dari Majlis Profesor Negara yang sehingga kini menonjolkan kedunguan minda secara jelas sehingga memalukan institusi yang menganugerahkan ijazah kedoktoran kepada mereka, institusi tempat mereka bekerja, bangsa Melayu malah memalukan ‘Satu Malaysia’. Sebagaimana biasa, pembohong-pembohong tegar ini telah menggunakan istilah yang mengelirukan sehingga ramai antara kita yang terpegun dan rasa senang hati.

Kita hanya ingin mengulas bahagian mengenai kakitangan awam sahaja. Antara intisari Bajet 2012 untuk kakitangan sektor awam ialah bonus setengah bulan gaji, kenaikan tahunan akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 sehingga 37.7 mengikut gred, memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM, menambah tanggamata gaji akhir dan memendekkan tempoh “time-based “ guru dari 10 tahun kepada 8 tahun untuk kenaikan pangkat. Adapun profesion yang paling beruntung ialah doctor perubatan yang benar-benar mendapat kenaikan elaun ‘on-call’ , kecemasan, dan sebagainya.

Bonus sebulan gaji ( separuh semasa IdilFitri dalam bulan Ogos dan separuh lagi akan dibayar dalam gaji Disember 2010) adalah tidak setimpal dan tidak boleh dibanggakan dengan publisiti ekstrim regim BN yang kononnya berjaya mengurangkan deficit berbanding dengan tahun 2009. Bayaran bonus ini hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion. Dengan hasil yang mereka perolehi melalui rompakan halal dan licik seperti menaikkan harga petrol beberapa kali dengan hanya menukar warna ‘petrol pump nozzle’ dari warna merah kepada kuning. Sejak Najib menjadi PM 1Malaysia, beliau telah menaikkan harga petrol sebanyak lima kali. Bermula dari harga RM1.80 seliter sehingga harga sekarang RM2.80 dari RM2.90 setelah diturunkan RM0.10 pada 15hb Jun 2011. Polis dikerah untuk mengutip saman sehingga berjumlah RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik (dirompak dari rakyat) sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari 2011. Harga barangan seperti gula,beras dan banyak lagi yang naik yang memberi makna peningkatan kantong kerajaan pusat yang banyak. Tetapi mereka hanya beri bonus 1 bulan gaji sahaja.

Tidak ada kenaikan gaji dalam Bajet 2011 sebenarya. Yang dinaikkan ialah kenaikan tahunan mengikut gred. Kita belum maklum berapa peratus yang akan dinaikkan. Yang pasti gaji dan elaun adalah ditakuk lama. Kenaikan tahunan sekarang bagi para guru DG41 ialah RM91 sementara DG44 ialah RM150 dan TIDAK PERNAH naik sejak tahun 1991 iaitu selama 20 tahun??!!!... Inilah kezaliman regim BN. Mereka sepatutnya menaikkan gaji semua kakitangan awam sebanyak 50%.!!

Bagi mereka yang memilih SBPA mereka dijanjikan dengan tambahan tanggamata gaji akhir dan memendekkan tempoh “time-based “ guru dari 10 tahun kepada 8 tahun untuk kenaikan pangkat. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan peristiharan ini. Perlu difahami dan disedari bahawa mereka yang mencapai tangga gaji akhir itu kebanyakkannya terdiri dari kakitangan yang sudah hampir pencen. BN yang zalim ini tidak berhasrat untuk menaikkan pangkat mereka tetapi mengekalkan gred gaji yang sama. Sejak dahulu dan semakin menyerlah pada ketika ini, sistem kenaikan pangkat dalam profesion perguruan menyaksikan ketidakadilan di mana guru yang berasal dari lulusan maktab dimanjakan sehingga kini sementara guru lulusan universiti tulen dianaktirikan sehingga kini. Sedangkan situasi ini tidak berlaku dalam profesion lain. Kita boleh membuat perumpamaan seperti seorang sarjan (berkelulusan SPM) dan ASP (berkelulusan ijazah di dalam pasukan PDRM. Adakah logic sarjan tersebut dimagikkan SPMnya menjadi Diploma dan beliau seterusnya masuk Universiti dan memperolehi Ijazah. Setelah 1 @ 2 tahun bekerja, beliau dinaikkan pangkat kepada ASP dan setelah 2 @ 3 tahun kemudian dinaikkan kepada DSP dan seterusnya ACP. Sedangkan ASP tadi baru berpangkat Superintendan?? Inilah yang berlaku dalam profesion perguruan dimana bekas lulusan maktab sijil mereka dinaik taraf menjadi Diploma, mereka melanjutkan pelajaran dan akhirnya menjadi ‘bos’ kepada lulusan university tulen??!! Kebanyakan Penolong Kanan sekolah kini adalah terdiri dari bekas guru lulusan maktab sementara lulusan university tulen diketepikan dalam kenaikan pangkat. Pandir dan melucukan. Dan mereka ini bercakap tentang Pendidikan Bertaraf Global??!!...

Realitinya guru berijazah yang sudah 22 tahun bekerja masih ditahap DG44 sedangkan para doctor yang sudah 20 tahun berkhidmat telah menikmati sekurang-kurangnya UD 54 atau JUSA B??!! Begitulah dengan pegawai tadbir, PTD, perundangan dan sebagainya. Mereka naik pangkat dari 41 ke 44 dalam masa 5 tahun sahaja. Guru – 8 tahun??? Jadi, apa yang hendak dibanggakan dengan ‘time-based’ walaupun ianya hanya terdapat dalam profesion keguruan. Sebagaimana yang pernah ditulis sebelum ini, kita ingin menyeru kepada TPM Datuk Seri Mahyudin agar memberi ‘time-based’ policy ini kepada doctor dan PTD sahaja dan berikan polisi kenaikan gaji mereka kepada guru??

Sebagaimana biasa, kita akan mendengar komen dari balaci UMNO dengan hujah agama yang tipikal bagi menampak baik kerja jahat mereka. Aspek Islam akan digunakan sebagai ‘defence mechanism’ mereka iaitu kita dikehendaki bersyukur atas pemberian kerajaan. Sedangkan mereka melakukan kezaliman dan WAJIB ditentang. Mereka rompak RM1000 dari kita dan ‘mencampak’ semula hanya RM1.00 sahaja kepada kita???!! Kemudian mereka minta kita ‘redha’ dan bersyukur. Bagi golongan Pak Kadok khususnya dari Majlis Profesor (kononnya) Negara ini, mereka tidak faham di antara kewajipan sesebuah kerajaan dan pemberian dari kerajaan. Buat jalanraya, sediakan sekolah, hospital dan selainnya dianggap sebagai jasa kerajaan bukan suatu kewajipan. Canangan sebegini rupa oleh media durjana BN telah mengakibatkan sehingga rakyat sudah tidak tahu apa dia sebenarnya tugas sesebuah kerajaan!!!??? Akhirnya minda rakyat terbelenggu dan apa sahaja peruntukan belanjawan yang mereka belanja akan diambil semula dari rakyat yang minda mereka telah dibekukan oleh UMNO. Tunggulah kenaikan harga barang selepas PRU 13 ini.

"

-tranungkite

41 comments:

  1. Tuan blog sangat memahami HAKIKAT.

    1.Mengdiplomakan sijil guru lulusan spm
    2.Ditindas guru yg berasal dari cream group iaitu ijazah lebih muda yg berlatar lulusan luar negara, asal sekolah berasrama penuh, result spm yg kow-kow ALIH2 yg spm teruk masuk maktab di DAMBA kan dgn pelbagai insentif juga di SEDEKAH kan Ijazah dgn mudah melalui program pengijazahan guru.
    PPD, JPN, Kementerian terus di monopoli geng-geng guru lepasan maktab yang sambung ijazah dan bercakap pasal pendidikan global.

    3...Yang tertinggal cream group yg berlatar pelajar spm cemerlang yg ke luar negara yg keasrama penuh dan mendapat ijazah awal.....

    Terima kasih tuan blog dan tulis lah lagi

    oleh
    Kabin si utuh

    ReplyDelete
  2. Pelajar SPM cemerlang yg ke luar negara bila balik jadgi guru tu makna x dak kerja le... pilihan terakhir jadi guru . dalam hati langsung x minat jadi guru...lepas berlagak pandai..

    Guru yg disedakan ijazah melalui pensiswazahan guru pun sama juga terutama lepasan OUM..ssignment upah orang buat.. lembu masuk oum pn boleh lulus lah.. Inilah yg dipanggil cikgu recond lebihkurang kereta recondlah. Otak dan mutu x seberapa demand je lebih!!!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas ulasan yang cukup kritis dan membuka mata..tahniah!

    ReplyDelete
  4. Guru yg SPM nilah di sekolah rendah yg mengajar kelas peperiksaan, Yang ada ijazah tak kiralah yg cream mahunpun yg recond haram tak mahu ajar kelas UPSR, Kalau betul hang pandai kenapa beri alasan kata tak ada pengalaman,belum masa lah dan berbagai-bagai alasan. Nak mintak tolong buat kelas tambahan pun tak mahu,berlagak macam tuan-tuan !! Kami yg SPM ni yang buat kelas tambahan pagi,kelas tambahan selepas waktu kelas,kelas tambahan malam,kelas tambahan hari Sabtu,Kelas tambahan waktu cuti sekolah. Hampa yang graduate boleh gi bercuti bersama anak bini. Bila keputusan keluar bagus,hampa lah yg tonjolkan diri cerita kat cikgu sekolah lain...sekolah aku bagus !! Boleh jalan lah ! Boleh cek lah dekat sekolah...cuba tengok guru cream graduate,guru KPLI ,guru JKAF..pemalas nak mampus. Merekalah yang paling banyak menimbulkan masalah di sekolah. Masalah tak buat lesson plan,asyik ambil MC,lambat masuk kelas,dan seribu stu macam masalah.

    Kalau sekolah buat program seperti sukan,hari penyampaian hadiah,perkhemahan dan sebagainya ..mereka sekadar menampakkan muka,lepas tu ghaib entah ke mana.

    Di sekolah,cakap GB dan Penolong Kanan tidak dihirau macamlah dia bos. Dahlah cukuplah tu ,malas nak membebel. Bukan nak kata kami guru SPM ni bagus tapi apalah salahnya kita sama-sama bekerja. Yang masuk melalui KPLI,JKAF mahupun cream graduate..sebab hampa semua dah tak ada kerja lain. Tak kesah lah tu tapi kita sama-samalah bekerja,bila masuk kawasan sekolah,letakkan segala sijil di pintu pagar sekolah. Kita datang sekolah nak mengajar dan mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang beriman dan soleh. Insaflah diri kita jangan megah dengan segala sijil yang ada tapi dalama masa yang sama kerja macam sampah dan anak didik tak jadi orang !!

    ReplyDelete
  5. anda x berhak berkata guru maktab berada di bawah guru belajar di universiti...bercakap guna nafsu amarah.. bukan atas fikiran waras..

    ReplyDelete
  6. Sebagai pentadbir sekolah, saya amat setuju komen anonymous(8 october 2011 15:27)

    ReplyDelete
  7. Sabar tuan-tuan sekelian...kenapa dengki mendengki. Bukan salah guru cream , recond , oum juga apa-apa guru pun.
    Sebenarnya kita telah 'PERBODOH" dan "DIPERKOTAK KATIKKAN" oleh ahli politik bajingan.Ahli politik busuk ini berharap dengan "transformasinya" yang dibawa ini akan memungkinkan wujudnya penyokong TEGAR UMNO di kalangan guru-guru itu sendiri.Kredibiliti profesion hancur atau hancuss merka peduli apa ASALKAN negara terus mereka cengkam dan kuasai.Maaf jika andaian ini terlalu menjolok lubang hidung.

    ReplyDelete
  8. Satu ulasan yang Mantappp..Hancuss Umnoo!!!

    ReplyDelete
  9. Apa2 komen pun.. kita lihat pada keadilan.. adakah dinegara malatsia nie hanya cikgu, polis, askar dan doktor sahaja yang bekerja??? penjawat awam lain tak perlu dilihat dan nilai.."Time Base"... penjawat awam lain bekerja hingga 20 tahun pun masih digred yang sama, ada lulusan lebih tinggi pun amat sukar dinaikkan pangkat ke gred yang sepatutnya.. bari tahun lepau diwujudkan KUP.. tu pun selepas 15 tahun dinaik pangkat.. kalau macam tu kerajaan melihat... tutup saja agensi kerajaan lain, dimalaysia cukup dengan cikgu, polis, askar dan doktor sahaja......

    ReplyDelete
  10. setuju dengan anonymous (8 okt 2011 20:17)bila la nak terbela kita yang bukan golongan cikgu, polis, askar dan doktor tuuuuuuu...

    ReplyDelete
  11. jgn hina guru lama yg hanya spm dn lulusan maktab...mereka ni la yg dpt lahirkan insan yg berjaya hingga sekarang...dulu guru mana ada lulusan ijazah...tp ramai juga yg berjaya...kenapa iri hati dn dengki dgn para guru...tanpa guru siapalah kita...mungkin doktor,PTD,polis,askar malahan menteripun x wujud...

    ReplyDelete
  12. Insyaallah, akan terbela apabila kita tukar kerajaan mlalui peti undi.... kalo tak jalan jugak kita tukar lagi.... apa susah ?

    ReplyDelete
  13. Tuan blog memang memahami masalah. Mungkin melalui pengalaman atau persekitaran yang dialami.

    Bagi komen Anonymous (8 October 2011 15:27) masalah itu tidak dinafikan berlaku tetapi perangai ini juga turut berlaku di kalangan guru-guru yang tidak graduate. jika boleh nyatakan dalam bentuk statistik, agar ianya tidak hanya sekadar perbincangan kedai kopi sahaja. Jangan hanya disebabkan nila setitik , rosak susu sebelanga.

    Bagi komen Anonymous (8 October 2011 17:25) yang mendakwa sebagai pentadbir sekolah, mungkin anda tidak mengambil program pensiswazahan untuk pentadbir itu. Program ini banyak 'keistimewaannya' untuk pentadbir seperti anda !

    Percanggahan seperti ini bagi saya hanya ketara di sekolah rendah sahaja berbanding sekolah menengah yang mana kesemua berijazah. Juga harus diingat kualiti ijazah yang diambil sekarang samada dari tempat yang perlu disediakan wang untuk dimasuki ataupun merit keputusan peperiksaan anda.

    Harapan kepada semua guru agar terus menjalankan amanah yang diberi,rezeki itu adalah kurniaanNYA.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum
    hehe..kelakar mendengar pandangan Anonymous (8 October 2011 15:27) Di sekolah saya, guru2 lepasan KPLI/ KPLI-JQAF yang paling banyak dapat kerja dan paling banyak pegang jawatan. Guru2 nilah yang dipertanggungjawabkan utk handle pelbagai program disekolah. Tak perlu cite sekolah mana. Bukan maksudnya guru lepasan SPM di sekolah saya tak buat kerja, mereka buat, tapi cuma kerja ringan...tu belum cite lagi sape yang tak masuk kelas. hehe.. It means... jangan judge semua guru degree dengan pandangan seperti diatas semata2 kerana apa yang awak nampak kerana barangkali apa yg awak tak nampak itu lebih dasyat. Peace.

    ReplyDelete
  15. inilah mentaliti guru-guru di malaysia.,kalau kita sesama cikgu pun duk hentam menghentam sapa lagi nak bela kita semua?....fikir-fikirkan cikgu

    ReplyDelete
  16. Woii anon 13.50....
    Bukan soal x dak kerja. Contoh kakak aku tu ke luar negara memang atas pekej buat TESL untuk menjadi guru dan terpilih kerana 8A nya time spm. Bukan soal tak ada kerja kerana MAJORITI yg ke sana tu adalah untuk dijadikan guru-TAK FAHAM KA.

    Lagipun antara isi tokey blog ini ialah

    1/Guru lulusan universiti tulin (cream)
    2/Guru maktab (SPM&sijil guru) sambung buat ijazah bukan guru yang stay dgn spm nya.

    3.Tak kan Tak Faham dgn penulis yang dah beri contoh diatas(cth DSP,ACP disebut bagi memudahkan anda faham)-BACA BALIK di atas tu...baru komen

    ReplyDelete
  17. Salam buat semua insan yang bergelar guru. Tak payahlah kita bertengkar di ruangan siber ini. Yang penting, buatlah kerja dengan ikhlas kerana Allah. Jadikan profesion kita ini sesuatu yang murni...bukan dengan menunding jari menyalahkan satu sama lain. Walaupun sedikit ganjaran yang diterima, bersyukurlah kerana itulah rezeki yang diberikan Allah untuk kita. Keberkatan akan terasa jika kita sentiasa mensyukuri nikmat pemberiannya. Buatlah kerja kerana Allah bukan kerana manusia atau mengharapkan gaji semata-mata.

    ReplyDelete
  18. Guru amat spesel sbb ramai.. Mjd rebutan parti pemerintah dan pembangkang juga. Dlm jabatan lain, mereka perlu memohon jawatan berijazah jika sblm itu mereka d dlm kumpulan sokongan dan tertakluk kpd kekosongan.. Tp dlm perguruan, asal ada degree je, apply & dpt lantikan 41.. Rezeki mereka la. Jgn pasal tu pulak nk bertelagah. Jdkn itu sbg kelebihan.. Lgpun dlm pguruan ni, seniority is priority.. Kalo ada master, hatta phd sekalipun, kalo tak time based, tunggu la kat 41 tu..

    ReplyDelete
  19. rezeki diberi takkan ditolak tetapi tidak bererti dacing di pangkah

    ReplyDelete
  20. aku guru,kawan aku pun guru aku graduate,dia tidak...kami saling berkerjasama membangunkan sekolah.Tak ada rasa pilih kasih,bila result keluar kami sama2 pakat gembira. Selepas waktu sekolah kami laksanakan kerja2 jamaah...musuh kita bukan sesama guru..musuh kita ialah UMno !! Aku dan kawan2 aku menyumbang untuk jamaah supaya Islam dapat dilaksanakan. Insyallah kita para guru jangan buang masa...ayuh tingkatkan usaha,majukan sekolah dan majukan jamaah . Lawan tetap lawan. Jangan lupa cula undi dan sampaikan dakwah

    ReplyDelete
  21. setuju 100% dgn Anon 14:36.... Takbir !!!

    ReplyDelete
  22. Aku ni guru yang berasal daripada DG29..kemudian dinaikkan pangkat secara timebaseke dg32..masa tu seronok sebab baru berkhidmat 10 tahun..terus lompat gaji ke tangga yang lebih tinggi, ketika tu gaji aku telah menjadi sama dengan rakan-rakan guru yang telah 8 tahun berkhidmat lebih awal daripada aku..hehe bertuah badan..lebih-lebih lagi aku dah lulus ptk dapat dokditangga gaji p2..dah lah tu ..ketika tu aku dapat tunggakan..hampir rm16k..best..kini dengan budget PM Najib ni 8 tahun dah boleh ke DG 34..tunggu setahun je lagi sebab aku mula dapat dg32 tudah 7 tahun.emm ada peluang lagi lah naik gaji..lepas tu yang paling best..aku sekarang dah nak habis program pensiswazahan guru..emm sempat lah aku merasa DG34..lepas tu bila dah dapat DG41 ..aku akan terus melintas ke tangga gaji yang lebih baik di dg41..best..dpat lintas lagi mereka yang dah lama sambung belajar ..itu lah kelebihan dan kehebatan sistem gaji untuk guru ni..yg baru diutamakan..yg lama..hehehe baguslah najib..mungkin ramai yang seperi aku..dah rezeki..mereka yang dah lama sambung belajar tu..kena lintas lah oleh aku nanti..hehe..

    ReplyDelete
  23. jeles2... saperlah bangang yg buat sistem mcm budak tadika nie.. tak adil langsung,ramai yg merasa diaanaktirikan..

    ReplyDelete
  24. yg pastinya guru kpli ka appa ka...kebanyakannya memilih guru sbg pilihan akhir....tu pastii

    ReplyDelete
  25. "UNTUNGNYA PARA CIKGU

    Tak payah score SPM dapat merasa gaji 3-4 ribu.

    Tak payah sakit otak, mudah diangkat jadi pemimpin politik.

    Tak payah buat research gaji boleh juga cecah 7-8 ribu. Hanya perlu buat ijazah/master. ITUPUN dlm mass comm.

    Itu belum dikira jadi cikgu pintu belakang.

    Hidup tak perlu susah payah dapat merasa kereta dan rumah mewah. Itu pun banyak komplen lagi

    RUGINYA PEKERJA SWASTA
    Aku pula dikerah score SPM dan belajar di luar negeri jurusan nuclear engineering.

    Dapat segulung ijazah dan menganggur berbulan-bulan.

    Dapat kerja tah apa-apa, tak ada kena mengena dgn ijazah aku.

    Gaji setakat RM2400 sektor swasta dgn kenaikkan rm100 setahun.

    HAKIKAT PEKERJA SWASTA BERIJAZAH
    Siapa yg membela kami ?

    Kerajaan hanya tahu menyedut duit kami melalui LHDN. Duit yg disedut diberi kpd sector awam.

    Apa kelebihan kami menggunakan kemudahan awam berbanding pekerja sektor awam?

    Bila kami berhijrah kami dituduh tidak patriotik?

    Tapi sedarkah kerajaan betapa bangsatnya hidup kami.

    Dikala susah tak tahu kemana mahu mengadu.

    Sesetengah yg ber-ijazah hidup seperti org yg tak lulus SPM.

    Aku cadangkan kerajaan mansuhkan semua sector pekerjaan dan wujudkan hanya sector perguruan kerana hanya sektor ini sahaja pada firasat kamu yg banyak menyumbang kpd Negara Malaysia ini.

    ReplyDelete
  26. Apa2 pun rezeki guru atau penjawat awam adalah datangnya dari Allah.wahai guru2 DG29,32,34 DG41, DG44, DG48 janganlah bertengkar kerana gaji di ruangan siber.Yang penting rezeki itu halal untuk diri sendiri dan keluarga. sekalipun gaji guru menjadi mainan politik...tugas guru adalah mulia dunia akhirat. Rezeki guru bukan sekadar gaji....tetapi kita cermin diri sendiri...jika kita mendidik dengan ikhlas..rezeki seseorang guru itu dilihat pula dari sudut kesihatan, mendapat anak-anak yang bijak, sahsiah terpuji dan keluarga yang sejahtera...fikir-fikirkan...timbang-timbangkan itu semua wahai guru-guru Malaysia!!!

    ReplyDelete
  27. Guru, bintang dan langit lagi belum kamu dapat, berbanding jawatan lain!! Dahlah kerja setengah hari, murid bodoh ka pandai kah tetap dapat gaji, isu bahasa inggeris pula salah siapa? ibubapa? gurulah, tak reti mengajar dan yang dipilihpun dari mereka yang tak pandai, entah lulus diploma dan ijazah toyol mungkin, kenapa sekolah cina lebih bersih, kemas, tersusun dan pencapaian matematik dan inggeris lebih baik !! Padahal bantuan dari kerajaan cuma sedikit malah ada sesetengah guru di sekolah cina beruniform!!
    Inilah ajaran one plus one same as two hahaha, guru sekarang, haprak punya guru, bodo, memalukan profesion guru.... ambik degree upah orang buat asainmen, pas tu dah dapat degre mintak lebih-lebih... satu lagi kenapa kebanyakan ketua cawangan dan AJK parti politik terdiri daripada guru !! Jawablah engko

    ReplyDelete
  28. klau psl duit....bkn main lg....siap hentam menghentam....dah x mcm guru lg dah

    ReplyDelete
  29. dah tau 2 engko jadilah guru en.11.10.11 14:50

    ReplyDelete
  30. Guru, bintang dan langit lagi belum kamu dapat, berbanding jawatan lain!! Dahlah kerja setengah hari, murid bodoh ka pandai kah tetap dapat gaji, isu bahasa inggeris pula salah siapa? ibubapa? gurulah, tak reti mengajar dan yang dipilihpun dari mereka yang tak pandai, entah lulus diploma dan ijazah toyol mungkin, kenapa sekolah cina lebih bersih, kemas, tersusun dan pencapaian matematik dan inggeris lebih baik !! Padahal bantuan dari kerajaan cuma sedikit malah ada sesetengah guru di sekolah cina beruniform!!
    Inilah ajaran one plus one same as two hahaha, guru sekarang, haprak punya guru, bodo, memalukan profesion guru.... ambik degree upah orang buat asainmen, pas tu dah dapat degre mintak lebih-lebih... satu lagi kenapa kebanyakan ketua cawangan dan AJK parti politik terdiri daripada guru !! Jawablah engko

    ---------------------------------------------

    kesian.. sekolah mana la mamat ka minah ni dulu.. aku x marahkan budak ni.. cuma aku marahkan guru2 yang x mengajaq budak ni agar menjadi seorang manusia.. atau
    teringin nak jadik cikgu tapi x dapat jadik cikgu psal soalan MTest pun dah kantoi..
    atau result SPM pun tarak..

    all d best k!

    ReplyDelete
  31. Nape le nak lawan sesama guru. Guru lepasan SPM ke graduate luar negara ke, dipanggil cikgu juge. Sama aje. Yang penting, laksanakan tugas dengan penuh keikhlasan dan kejujuran demi anak bangsa agar Malaysia menjadi 'a great nation' satu hari nanti.

    Teachers affect eternity; They can never tell where their influence stops.
    Henry B. adams

    ReplyDelete
  32. syukurlah dgn apa yang rezeki diterima, tiada manusia yg dpt menurunkn rezeki, cuma Allah semata2... rezeki diturunkan oleh Allah atas hidayahNya.. kurang atau lebih jgn pertikaikan.. memang sudah perangai manusia, tidak pernah cukup.. sedangkan rahmat Allah yg turun dipertikaikan spt hujan.. ada yg mengeluh, ada yg suka , ada yg marah, kalau tk hujan pun sama juga... bilalah nafsu manusia akan puas?... itulah bila politik terlalu menguasai diri... nikmat dan rezeki Allah pun tidak mencukupi...

    ReplyDelete
  33. saya pula tak puas hati pasal gaji, sekarang timebased dah jadi 8 tahun, gaji junior pula naik jadi sama dgn gaji saya...huhu sedih.

    ReplyDelete
  34. salam ukhuwah,,,macam mana dengan para imam2 rawatib?x terbela nasib mereka?setiap waktu bertugas di masjid2,kadang2 mereka harus kesana kemari menjalankan tugas dengan imbuhan yang terlalu kecil,,,tidak ada niat kerajaan untuk menaikkan lagi imbuhan mereka?atau sekurang-kurangnya meng'upgredkan'jawatan mereka kepada jawatan tetap?,,,jika benar agama itu mesti diatas segalanya bantulah para imam2 kita,,,

    ReplyDelete
  35. I do not even know how I ended up here, but I thought this post
    was good. I don't know who you are but definitely you are going to a famous blogger if you are not already ;) Cheers!
    My web page: playing online

    ReplyDelete
  36. Do you have a spam problem on this blog; I also
    am a blogger, and I was curious about your situation; we have
    created some nice procedures and we are looking to swap strategies with
    other folks, why not shoot me an email if interested.

    My web page - market your company

    ReplyDelete
  37. Great article, totally what I wanted to find.

    Here is my web blog instagram folowers

    ReplyDelete
  38. This site certainly has all the information and facts I needed about this
    subject and didn't know who to ask.

    Here is my website ... better housekeeping magazine

    ReplyDelete
  39. Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew of any widgets I could add to my blog
    that automatically tweet my newest twitter updates.
    I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

    Visit my homepage vinyl replacement windows

    ReplyDelete
  40. We're a group of volunteers and opening a new scheme in our community. Your site provided us with valuable information to work on. You have done an impressive job and our whole community will be thankful to you.

    Feel free to visit my web blog; shbab.twhed.com

    ReplyDelete
  41. Huh,,,lawak r sapa yg kata guru kje stgh hr...kahkahkahhh...geli usus aku.rsanya kt skola sy hr hr blik ptg,n susah nk merasa cuti sabtu.tu pn blum cmpur skola hr ahd.cuti thn plk tujuh hr sj.nk.dpt pn susah.anak demam pn ssh dpt cuti.fine.msti org kata cgu ada cuti skola..haha..pun lawak gak..nk tau,,cuti skola pun ada program.cmna tuh..jd cgu.br tau cmna kja cgu.jgn ckp senang sj..tp bg sapa yg kata kja cgu senang..tima kasih..anggapla satu doa..semoga kja cgu akn jd lbih senang..aminnn...

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist