Akhirnya manusia bernama Mahathir bersuara,barangkali kerana merasakan suara itu ada sakti untuk memperbodohkan mereka yang sudah lama bodoh kerana membiarkan BN terlalu lama memerintah.Apa lagi yang ingin Mahathir suarakan pasal raja-raja Melayu kerana selama ini Mahathirlah raja segala raja.Rajanya Mahathir kerana tidak ada rakyat dibawah yang pernah mendengar Raja menegur Mahathir selama dia menjadi Perdana Menteri.
Bahkan sewaktu Mahathir menjadi Presiden UMNO terpahatlah sebuah filem panjang pada perhimpunan agung UMNO bila habis segala yang ada pada tubuh Raja-Raja Melayu cuba ditelanjangkan.Walaupun sebelum tahun 1983 dalam era 70an Mahathir cukup lantang membicarakan soal Melayu.Antaranya dalam buku The Malay Dilemma kata Mahathir:
"Pertama kali terlintas difikiran ialah kebanyakan orang Melayu berfikiran feudal dan senang dengan keadaan demikian.Satu revolusi yang bermula dengan menyebarkan fahaman menghancurkan institusi Raja yang sudah lama wujud akan gagal.Ia tidak akan dapat sokongan majority dari orang-orang Melayu yang berfikiran kolot.Bagaimana pun,Raja-raja Melayu tidak menyusahkan orang Melayu dan orang-orang lain.Perbelanjaan memanglah tinggi untuk mengekalkan institusi Beraja ini,tapi oleh kerana dipisahkan dari kuasa,Raja-raja ini tidaklah melakukan kezaliman.Disamping itu,Malaya tanpa Raja-raja akan memungkinkan kegerhanaan penuh terhadap nasib bangsa Melayu."
Kalau perhatikan kata di atas sewaktu Mahathir dipecat dari UMNO dan berceramah atas pentas PAS maka barangkali jika ada anak yang selain keturunan Sultan yang layak menjadi raja maka Mahathirlah orangnya.Tapi selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dan merangkap pula sebagai Menteri Kehakiman(sebelum peristiwa pemecatan Tun Salleh Abbas dan hakim-hakim lain) sayu sudah nada perjuangan Melayu beliau.
Isu Gomez yang bukan Melayu diangkat dan dijulang buat menghilang dan menelanjangkan kuasa Raja-raja Melayu.Isu Al-Marhum Sultan Johor memukul Gomez ditimbul buat memukul kekebalan seluruh Raja-raja Melayu.Natijahnya hilanglah sudah kekebalan Sembilan Raja-raja Melayu yang berdaulat.Kata-kata Al-Marhum Ust Fadhil Noor benar:"Jangan kita buang baju besi yang ada pada Sultan dan pakaikan pada UMNO kerana UMNO memang sudah kebal."Lalu berulanglah sejarah Raja Melaka,kerana Si Ketol dan Raja Mandaliar yang menjadi biang keladi habis luluh lantak seluruh pemerintahan!
Bayangkanlah sebuah parti yang terkenal dengan Hidup Melayu akhirnya sanggup menjadikan medan perhimpunan agungnya untuk menghimpunkan segala kalimah caci maki pada Raja-raja Melayu!Tidakkah ini merupakan pengkhianatan UMNO pada Raja-raja Melayu.Barangkali Mahathirlah yang paling kurang ajar kerana menjadikan ahli UMNO juga kurang ajar sepertinya yang sanggup menghina Raja-raja Melayu.Bahkan ada pemimpin UMNO yang lebih dahsyat kurang ajarnya bila melarikan anak raja,yang tidak pernah dipanggil kurang ajar oleh Mahathir kerana Mahathir memang kurang ajar untuk menilai mana yang baik dan juga buruk!
Kata Mahathir,Dr Aziz Bari kurang ajar,memang Aziz Bari kurang ajar kerana kurang tahunya pensyarah undang-undang itu untuk mengajar Mahathir yang paling biadap itu.Aziz Bari ialah orang akademik yang telus,yang bukan seperti sesetengah sejaratawan(sejarah tak ketahuan) yang boleh digelapkan dengan fulus.Barangkali Mahathir sangat dendam pada Aziz Bari yang berjuang meletakkkan undang-undang pada tempatnya.Melalui buku dan syarahannya Dr Aziz Bari banyak mencelekkan mereka yang telah dibutakan oleh UMNO tentang undang-undang.Termasuklah beliau barangkali yang pertama telah menyebutkan frasa Islam agama bagi persekutuan dalam perlembagaan itu sudah cukup kuat untuk membolehkan perlaksanaan hukuman Hudud,Qisas dan Takzir.
Bagi penulis Aziz Bari itu ditakuti bukan sekadar kerana keberanian menegur dan pada ilmu beliau jujur, tetapi juga kerana beliau ialah ahli akademik yang cakna pada apa yang sedang berlaku pada Negara.Beliau terlalu sensitive terhadap masa depan bangsa,tanah air dan juga Islam terutamanya.Bahkan dalam soal PAS juga Aziz Bari mahu lihat parti ini lebih kompetitif untuk berhadapan dengan UMNO hingga mengundang kritikan yang terlalu pedas dari SEGELINTIR ahli PAS yang berfikirnya malas!Mungkin Aziz Bari itu benar tulin Melayunya hingga tidak sanggup melihat Melayu itu dimanipulasikan oleh politikus yang terlalu rakus,kerana itulah beliau sangat sensitif dan responsif.Bukan seperti Mahathir yang memang tidak terluka dengan kehancuran Melayu kecualilah bila menganggu kroni politik atau kerabatnya sahaja,barangkali kerana 'negaratawan'(orang yang menjadikan Negara tak ketahuan) itu bukan asli Melayunya!
Bahkan bukan cerita baru bila Mahathir bertindak secara jalan belakang dalam membelakangi kebenaran dengan mematikan karier individu yang cuba menegakkan kebenaran.Antaranya ialah pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara.Dato Seri Anwar Ibrahim lebih teruk lagi,bukan sekadar dipecat dengan jalan belakang,bahkan dituduh main belakang.Mungkin Mahathir lupa untuk pandang belakang,kerana barangkali dia lebih rela generasi depan meludah dalam lonkang bila mendengar namanya suatu hari nanti!
Mahathir merasakan dirinya terlalu tinggi hingga kalamnya barangkali lebih mulia dari kalam Allah.Sebab itulah banyak pasal hukum dan sunnah sanggup dicaci tanpa taubat dan penyesalan.Kata Tok Guru, sayang kerana dia hanya pandai dunia,tapi tidak akhirat,pandai bab ekonomi tetapi tidak ada Islam.Mungkin doa Al-Marhum Ust Fadhil sudah diangkat tinggi dan diperkenankan Allah,agar nanti Mahathir tahu tingginya kuasa Allah untuk menghancurkan Ahzab moden yang bernama UMNO.Mahahtir pasti menjadi saksi,betapa UMNO pasti akan lebih hina dari nasi yang basi,orang bukan takkan sanggup suap,dengar bunyi UMNO pu n nanti orang akan meluat.
Ketahuilah Mahathir betapa mungkin pelacur di Lorong Hj Taib pun akan sumpah seranah UMNO,kerana hebatnya Negara kebajikan UMNOlah akhirnya mereka melarat sampai jual tubuh.Setidaknya mereka lebih mulia dari UMNO kerana apa yang mereka lakukan hanyalah melibatkan kezaliman pada diri mereka sendiri,tetapi pemimpin UMNO itu zalimnya bukan pada diri sendiri,tapi pada hampir 27juta Rakyat Malaysia!Banyak lagi sebab kenapa pelacur di situ lebih mulia dari Mahathir,kerana mereka hanya jual tubuh,tapi UMNO jual agama,bangsa dan Negara!Barangkali pelacur di Lorong HJ Taib melacur kerana jahil atau ada kisah silam mereka yang tidak diketahui kenapa mereka jadi begitu,tetapi kisah silam Mahathir yang memuramkan Islam di Malaysia barangkali semua orang dah tahu….Bertaubatlah Mahathir,pintu taubat Allah MASIH terbuka luas untuk anda!!!/http://kiyaiharaki.blogspot.com
Remaja 16 tahun tembak ibu bapa, adik-beradik
20 minutes ago
betul cakap anta saudara ku puak umno ni selalu lupa apayang mereka lakukan terhadap raja. cuba anta hebahkan paper ada catatan mereka yang keluarkan hebah ke seataero dunia dan telanjangkan berita tersebut
ReplyDeleteumno adalah raja... sultan melayu mengikut telunjuk umno sebenarnya..
ReplyDeletesebagai rakyat malaysia kita mesti memperbetulkan keaadaan ini.
Assalamualaikum wbt.,
ReplyDeleteSemalam... selepas mengikuti kuliah, kami 12 orang ikhwan bersama ustaz singgah dirumah ana menikmati razeki sambil berbincang hal-hal semasa.
Topik perbincangan banyak berkisar tentang aqidah, aliran muktazilah dan kalam dan ahli-sunnah serta kepentingan umat Islam dan politik tanahair.
Akhirnya kami lihat betapa pentingnya peranan pemimpin-pemimpin umat Islam bersatu atas nama Islam berjuang mengangkat ketempat yang timggi.
Contoh pemimpin yg mempunyai kekuatan adalah TDM dan DSAI. Semasa mereka bersatu, Malaysia dikagumi, ekonomi melonjak naik. Penerapan nilai-nilai Islam berjaya dilaksanakan dengan tertubuhnya Bank Islam, UIA dan lain-lainya. Akan tetapi malangnya apabila kedua-dua tokoh ini bersengketa, rakyat berpecahbelah dan sehingga kini bertambah parah.
Diakhir majlis kami berdoa mohon semoga allah kurniakan taufik dan hidayahnya kepada TDM dan bukakan hatinya berjuang mengikut jalan Islam bergabung semula dengan DSAI bersama pemimpin-pemimpin lain yang istoqomah demi agama Islam itu sendiri, Negara dan Rakyat semua. Ameen.
Anon 18:13
ReplyDeleteWaalaikumussalam,
ALLAH SWT telah melahnat bangsa YAHUDI.Mana
mungkin sebuah negara yang mengaku negara ISLAM
mengambil YAHUDI sebagai penasihat.Dan mana
mungkin PR akan bergabung dengan UMNOYAHUDI
yang telah menjahanamkan negara ini selama
54 tahun memerintah.Perbodohkanlah puakx
UMNO hang, dulu kini dan selamanya.
MAMAK MAHATAIK SIKANDAR KUTTY MEMANG PALING BIADAP DAN KURANG AJAR ,BUKAN TERHADAP MELAYU SAJA TAPI TERHADAP ISLAM,SUNNAH NABI DAN NEGARA !
ReplyDeletehatiku tidak terbuka kepada PAS yg mengaku berjuang atas nama ISLAM tetapi penyokong2 nya yg kebanyakannya mengaku alim ulamak tapi sering menggunakan bahasa kesat dan mengutuk org lain..
ReplyDeleteAnon 18:13 tidakpun menyebut PAS dan UMNO, beliau hanya sebut tentang kuatnya pengaruh TDM dan DSAI, contonya semasa era kerajaan yg diketua mereka berdua ekonomi memacu maju dan disegani.
ReplyDeleteIkhwan 12 itu mendoa semoga Allah gabungkan semula mereka berdua disamping pemimpin2 Islam lainnya agar bersatu tenaga bagi bagi mengatasi kegawatan yang melanda dan memertabatkan Islam sebagai ADDEEN di negara kita ini.
Ini adalah kerana didalam diri mereka itu Allah kurniakan kebijaksanaan dan kekuatan dalam berpolitik. Adalah amat rugi umat Islam jika anugherah Allah yg ada pada mereka digunakan ditempat yang tidak dapat membantu umat dan kebajikan.
Maaf, saya juga melihat kebajikan Umat dan berdaulatnya Agama Islam ditanahair kita ini bukanya bergantung kepada PAS maupun UMNO maupun kepada Raja-Raja Melayu akan tetapi adalah kepada para pemimpin yang beriman dan bertakwa dan di9sertai dengan pengikut yang istiqomah dalam perjuangan.
Ketahuilah bahawa Islam akan terus terhimpit dan dihina jika umatnya hanya pandai memakihamun dan salahkan sesama sendiri tanpa melaksanakan apa yang Allah perintah dan mencontohi RasulNya saw.
akupun heran dgn korang yg takut sgt nk ckp yg benar dn haq..ckp je le yg benar, umno x mau ikut al-quran dn hadith rasulullah saw..tu je punca islam x kan dibantu oleh Allah utk capai kemenangan..sb selagi x bersatu atas dasar islam maka jgn harap le kristian ke, buddha ke, hinduism ke atau sapa2 pn nk tegakkan islam. itu sifir yg mudahnya..jgn le nak meleret2 cerita psl 12 ikhwan yg sembang psl islam ke, apa ke..straight to the point je la..ikut al-quran dn hadith rasulullah yg jd rukun iman tu, insyaAllah islam akn pasti dibantu oleh Allah utk tertegak di bumi malaysia ni..susah sgt ke nk cerita mcm tu? sekarang dpt le kita jwpnnya, pas nak kan islam sb tu parti tu nk perolehi kuasa dulu di peringkat pusat spy dpt ubah perlembagaan barat yg ada sekarang kpd perlembagaan islam ikut al-quran dn hadith rasulullah saw. yg korang takut sgt nk sebut bhw umno yg jd punca islam x dapat tertegak di bumi malaysia ni psl apa..aku heran btl! 54 thn perintah secara majoriti tp perlembagaan islam mana perginya? tu pn korang takut nk sebut? klu penakut smp mcm tu, jgn cerita le psl 12 ikhwan tu yg berdegor2 cerita psl islam la apa la...!
ReplyDelete