.

Monday, 12 September 2011

UMNO Anak British Labelkan MatKilau,MatIndera,IbrahimLibya Pengganas

Oleh ramziredang

"Malaysia tidak pernah dijajah tetapi cuma dinaungi. Inilah kata kata yang benar benar melahirkan rasa cinta dan kasih sayangnya UMNO dan para pencacainya terhadap British. Binatang yang suka makan najis, tidak akan merasa jijik sedikitpun terhadap najis, begitulah perumpamaan fikiran beku profesor ini terhadap british

. Apa salahnya kata kata profesor ini? Tidak ada salahpun sebab dirinya memang tidak merasa dijajah, dia merasa hanya 'dinaungi'. Lantaran itu kalau cara hidup dan fikirannya sama dengan british ianya bukanlah menjadi sesuatu yg pelik.

Isu siapa pengganas siapa pembela sebenarnya bukan berkisar sekadar sejarah sebelum merdeka semata mata. Ia juga bukan tertumpu kepada Malaysia semata mata. Ia juga bukan dinukilkan dalam sejarah tertentu pada satu satu zaman semata mata.

Ianya adalah satu proganda berterusan yang akan berlaku di setiap negara dan setiap zaman. Ianya adalah taktik perang tersembunyi yang digunakan oleh yahudi.

Salah satu pihak perlu dilabelkan pengganas supaya dapat memunculkan diri sendiri sebagai pembela. Pada masa yang sama kesempatan dapat digunakan sebaik mungkin supaya keganasan dapat diubah menjadi halal atas nama ingin menghapuskan pengganas.

Isu yang sama cuma keadaan yang berbeza. Isu runtuhnya 'World Trade Centre' pada 911, serangan Mat Indera terhadap polis bukit kepong pada tahun 50an dan peristiwa memali pada tahun 1985, hanyalah satu skrip yang hampir sama cuma diolah semula oleh pengarah yang berbeza.

Kita memang tidak ada pada zaman Mat Indera jadi kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi perangai anak didik yang masih dinaungi fikiran british masih lagi berlaku. Sedikit sebanyak kita masih boleh ambil kesimpulan apa yang telah berlaku pada zaman lampau dengan mengambil pedoman dari apa yang berlaku kemudiannya.

Apakah yang anda harapkan sejarah yang bakal ditulis oleh para pengkaji sejarah UMNO terhadap Ibrahim Libya? UMNO melabelkan Ibrahim Libya pengganas, adakah sejarah akan tertulis sebaliknya?

Mereka yang berada diperkampungan memali ini tidak bersenjata. Mereka hanya orang kampung yang tidak berdaya. Tetapi mereka diserang dengan kereta perisai dan senjata automatik oleh tentera kerajaan.

Adakah anda mengharapkan sejarah menukilkan Ibrahim Libya dan pengikutnya bukan pengganas? Apa yang anda pernah saksikan dikaca tv? Pengganas, pengganas, pengganas, Ibrahim Libya adalah pengganas dan mengancam keselamtan negara.

Nah inilah rumusannya dan perumpamaannya apa yang berlaku pada zaman british. Dan semua taktik ini memang digunakan oleh yahudi dan para pengikutnya.

Amerika melabelkan dahulu Saddam Hussein sebagai pengganas, barulah dia boleh menggantung kepala Saddam Hussein dengan disaksikan sendiri oleh orang Islam dengan perasaan gembira.

Amerika mencipta dahulu peristiwa 911 supaya umat Islam memberi kebenaran kepada mereka untuk menyerang Afghanistan.

Persoalan yang hampir sama ini, akan dapat memudahkan anda membuat kesimpulan siapa pengganas yang sebenarnya. Antara Amerika dan Osama, siapakah penganas sebenar, antara polis british dan Mat Indera siapakah pengganas sebenar, antara tok janggut dan sarjan sulaiman,siapa pengganas sebenar, antara mat kilau dan tentera british,siapa pengganas sebenar, antara UMNO dan Ibrahim Libya, siapakah pengganas sebenarnya.

Jawapannya tetap akan hampir sama dan menjadi satu, cuma ianya bergantung samada fikiran anda 'dinaungi' atau tidak dinaungi.

"/Detikdaily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist