.

Sunday, 28 August 2011

'Cah Keting' Amalan Dalam UMNO

'Cah Keting' terus berlaku dalam UMNO

KUALA TERENGGANU – Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Che Azmi Abdul Rahman menjangka amalan ‘cah keting’ dalam Umno akan terus berlaku pada pilihan raya akan datang sebagaimana pilihan raya sebelumnya.

Menurutnya, keadaan itu berlaku disebabkan segelintir pemimpin tiada ‘roh’ perjuangan sebenar bagi memelihara prinsip parti yang mampu membela nasib agama, bangsa dan negara.

Beliau berkata, pemimpin terbabit juga bersikap mementingkan diri dan hanya memikirkan keuntungan pihak sendiri.

“Saya percaya, ia akan berlaku pada pilihan raya akan datang dan sebelum ini ada juga berlaku apabila calon diumumkan, ada rombongan yang berjumpa dengan pemimpin untuk menukar calon pada saat-saat akhir,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Che Azmi tidak menolak timbulnya kesan besar terutama mereka yang membantah cadangan calon akan menunjukkan protes di atas kertas undi dan paling malang jika memberi undi kepada pembangkang.

Sehubungan itu, beliau meminta pimpinan Umno menanam ‘roh’ perjuangan dalam diri dan menerapkan kepada ahli bagi memastikan survival Umno terus relevan dalam persada politik negara.

Beliau berkata, jika ‘roh’ ‘perjuangan sudah sebati, sudah tentu amalan cah keting tidak akan wujud dalam Umno walaupun amalan sedemikian turut berlaku kepada parti pemerintah di negara luar.

“Wakil rakyat sepatutnya kena tunjuk ‘roh’ perjuangan, baru orang hormat dengan apa yang dilakukan. Walaupun ada yang mengatakan mereka yang benar-benar berjuang inilah yang selalu kena cah keting, tetapi yang melakukan cah keting itu sebenarnya tiada ‘roh’ perjuangan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kepimpinan parti di semua peringkat supaya mencalonkan mereka yang benar-benar berjuang untuk parti sebagai calon pilihan raya umum akan datang.

“Kita minta pemimpin pilih mereka yang benar-benar berjuang supaya orang melihat parti ini benar-benar menjalankan tugas dengan baik, dan bukannya memilih mereka yang kaki ‘projek’,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memuji sikap ahli-ahli dan pemimpin Pas yang setia kepada parti dan fokus terhadap perjuangan sehingga tidak berlaku amalan cah keting dalam parti itu.- Sinar Harian

1 comment:

  1. I've just link your blog in mine, hope you'll do me the favour too.Thank you and selamat hari raya.Thanks again

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist