Kuala Lumpur 16 JULAI : Anggota keluarga Baharudin Ahmad hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara ekoran kematian Allahyarham selepas menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu, sekali gus menuntut Tan Sri Ismail Omar memohon maaf kepada keluarganya serta seluruh rakyat Malaysia kerana bertindak secara melulu ketika menyuraikan perhimpunan 9 Julai lalu.
Tuntutan itu terkandung bersama empat lagi tuntutan lain dalam memorandum yang diserahkan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Keluarga Allahyarham yang hadir bersama peguam Pakatan Rakyat mahu kesemua pegawai polis termasuk pegawai tertinggi yang memerintah operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga penyiasatan kes ini diselesaikan dan penyiasatan yang komprehensif tanpa sebarang percubaan untuk melindungi mana-mana pihak dijalankan dengan segera.
Selain itu, turut dituntut agar laporan penuh penyiasatan ini dicetak dan disiarkan kepada orang awam serta tindakan pendakwaan dibawa ke atas semua pegawai polis tanpa mengira ketinggian pangkat yang bertanggungjawab di atas kematian arwah.
Peguam N. Surendran berkata, pihak polis secara tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak bersalah dalam insiden tersebut sebelum siasatan menyeluruh dibuat.
Surendran yang juga naib presiden PKR berkata, polis tidak boleh berdolak dalik dalam perkara ini kerana pihak peguam sedang mengumpulkan bukti bergambar yang menunjukkan polis menggunakan gas pemedih mata secara berlebihan.
"Kami berada di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan sikap dan tindakan polis. Tanpa siasatan menyeluruh, percubaan melindungi kesalahan mereka telah bermula," katanya.
"Ini merupakan satu jenayah. Tulang rusuk arwah patah, gigi patah, luka di bibir, apa penjelasan polis?
"Kita lihat ada 'footage' kekasaran polis dan saksi sendiri nyatakan sewaktu allahyarham bergelut dalam kesakitan,tiada polis datang membantu," katanya.
Memorandum tersebut diterima oleh ASP Shafiei Mohamad dan kemudiaanya dipanjangkan kepada pegawai atasan, Ramly Mohamed Yusuf atas permintaan mereka.
Sementara itu, abang Allahyarham, Kasim Ahmad berkata, beliau akan terus menuntut pihak polis bertanggungjawab di atas kekejaman mereka.
Beliau yang merupakan pesara tentera juga berkata, rakyat termasuk allahyarham cuma pencinta demokrasi dan polis tidak wajar bertindak kasar ke atas mereka.
"Rakyat cuma keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil tapi polis khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein jadikan Kuala Lumpur seperti Gaza, penuh huru-hara, jalan semua ditutup, menyusahkan orang ramai," katanya.
Turut bersama dalam penyerahan tersebut ialah seorang lagi naib presiden PKR, peguam R. Sivarasa dan ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga seorang peguam bersama kira-kira 20 aktivis Bersih 2.0. -tvsnews
Sunday, 17 July 2011
Keluarga Baharudin Tuntut KPN Mohon Maaf, Abangnya Umum Sertai Pakatan Rakyat
2011-07-17T12:07:00+08:00
Nizar
Bersih 2.0|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-