.

Tuesday 8 December 2009

UMNO MENANTI PEMBALASAN? | Nizar News

UMNO bertali arus menyerang PAS sebulan dua ini. Serangan itu dibuat melalui media massa. Fokus serangan ialah Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Satu demi satu isu dikemukakan melalui wadah tersebut. Berbagai-bagai tuduhan dihalakan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Bermula dengan isu CEO PMBK, perletakan jawatan Husam, demo membantah TGNA, dan doa laknat.

Isu CEO selesai apabila yang empunya diri rela meletakkan jawatan. Habislah peluang UMNO hendak memfitnah PAS. Kemarahan Husam terhadap media membawa kepada tuntutan saman. Demo membantah TGNA menikus apabila puluhan ribu penyokong keluar menyatakan pendirian. Doa laknat tetap doa laknat.

Walaupun pada mulanya muncul ahli agama yang memberi pendapat tentang perkara yang sengaja dicelarukan itu, kini tinggal media massa pengampu UMNO sahaja yang masih menyalak. Namun, salakan tidak berbisa itu mengundang rasa gerun di pihak pelakunya. Musibah pasti menimpa orang yang benar-benar berbuat zalim. Sama-samalah kita tengoklah kesudahannya nanti. Ada kesudahan positif. Ada kesudahan negatif. Tidak tahulah yang mana satu. _ Tinta Mutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist