Tuesday, 1 December 2009

Lintas Langsung : Demo Desak Nik Aziz Letak Jawatan | Nizar News

Tak Sampai 200 Orang Berhimpun Desak Nik Aziz Letak Jawatan

Oleh : Mohd Sayuti Omar

HASRAT satu kumpulan manusia untuk berarak dan berhimpun di depan pejabat Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaiam, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu pagi ini tidak kesampaian apabila tidak sampai 200 orang yang menyahut dan berhimpun di pinggir jalan berkenaan.

Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang memantau keadaan sejak pagi tadi, memberi tahu apa yang kelihatan dua buah teksi roda tiga yang dipercayai diupah berada di hadapan pintu masuk ke Kota Darunaim sejak jam 7:30 pagi.

Tidak kedapatan sepanduk atau pun kain rentang yang digantung dan dibawa oleh mana-mana puak.

Baru sekejap tadi seorang pemimpin Umno peringgkat kawasan yang dipercayai menjadi 'pak sanggup' kepada ahli politik tertentu di Kuala Lumpur telah menyerahkan memorandum kepada Nik Aziz yang diterima oleh Setiasuaha Politik, di pintu masuk masuk perkarangan Kota Darulnaim.

Sebaik memorandum yang dipercayai mendesak Tok Guru Nik Aziz meletak jawatan disampaikan kumpulan manusia itu bertempik melaungkan desakan supaya Nik Aziz melepas jawatan.

Menurut penjenguk itu lagi, beberapa orang anggota polis yang turut memantau keadaan itu telah meminta kumpulan penunjuk perasaan itu bersurai. Tanpa banyak kerenah dan tercetus kejadian tidak diingini kumpulan berkenaan bersurai meninggal perkarangan Kota Darulnaim. [wm.kl. 10:40 am 01/12/09] _ msomelayu.blogspot.com

4 comments:

  1. salam,

    itulah sifat org yg bertamaddun. lepas menghantar memorandum mereka bersurai. yg penting suara mereka di ketengahkan. terima tak terima urusan lain. ini ala demonstrasi kat negara yg dah maju. tak perlu jerit2 nak sampaikan mesej sampai baring2 tgh jalan lagi.

    wak zaini

    ReplyDelete
  2. org2 bertamadun??
    bukan ke abg khairy kita ckp org2 demonstrasi ni "beruk-beruk jalanan?"
    Ni depa demo takpa la pulak..takyah pakai permit pulak tu hahaha

    ReplyDelete
  3. Aku cukup pelik bila mufti2 ni lagi suka refer media dari jumpa sendiri dengan sumber kes. Jumpa Tok Guru la. Baru la nampak inteegriti. Ni tak, keluaq kenyataan sebelum dapat penjelasan. MAku bukan kata mufti salah. memang setiap yang depa keluarkan tu ada asas dan dalil, tapi tepat ka dengan isu sebenar. Aku cintakan ulama2 , muftikah mereka, tok guru ka, harapnya mendapat syafaat dr kecintaan aku pada pencinta agama Allah ni...

    ReplyDelete
  4. polis mengawal ketat demonstrasi ni...so,ia berlaku secara aman,nik aziz harus menjaga maruah agama,bangsa dan parti yg dibawanya dengan bijaksana kerana telajak perahu boleh diundur,terlajak kata pas akan mundur....just do your work nik aziz...royalti minyak sudah ada respond dari kerajaan pusat...husam musa kan sedang berusaha tu...kalau boleh dapat,dapat lah...kalau kerajaan pusat ada bukti melalui undang2 ...what can u do?mahkamah ada....negara kita bukan takder undang2....doa ni aziz budak 10 tahun pon boleh bezakan baik dan buruknya....islam menyeru untuk kita bersabar....u just shows your true color nik aziz...

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)