.

Thursday 3 December 2009

BIAR SAMA-SAMA HANCUR... | Nizar News

Keadaan berkecamuk dalam BN nampaknya semakin merebak. Setelah MCA berpecah-belah, timbul pula isu PPP dianaktirikan. Tidak cukup dengan itu, UMNO pula didakwa busuk hingga ke usus. Kini Malaysia Makkal Sakhti Party (MMSP) yang dijulang Najib mula buat perangai. Memang itulah ciri-ciri yang melatari parti-parti dalam BN.

Ahli-ahli parti dalam BN atau parti yang mesra BN terlalu cenderung merebut jawatan. Jawatan menjadi tersangat penting dalam BN kerana habuan yang menanti terlalu lumayan. Sesiapa juga yang mementingkan diri sendiri akan terdorong melakukan perebutan jawatan dalam parti.

Ada presiden parti yang tidak mahu berhenti hingga kini kerana terlalu sayangkan jawatannya itu. Bukan setakat itu sahaja. Dia berusaha hingga berjaya meletakkan semua pemimpin yang disokongnya ke jawatan-jawatan tertinggi parti.

Ada pemimpin yang masih baru dalam parti tetapi teringin jadi presiden. Kumpul penyokong ramai-ramai untuk lantik dirinya jadi presiden. Sudahnya diisytiharkan terpecat dari parti. Sampai sekarang belum habis-habis bertelagah dengan presiden sebenar.

Ada parti yang berdegar-degar nak adakan EGM tetapi sampai sekarang tak tentu haluan. Ada yang nak sangat jawatan tetapi tak nak terus terang bila didesak. Itu cerita serabut dalam sebuah parti Cina.

Kononnya UMNO lebih hebat daripada MCA. Nak selesaikan konflik MCA dalam masa seminggu. Habuk pun tarak.

Demikianlah cerita berebut jawatan dalam parti-parti BN dan parti yang mesra BN. Tak taulah sampai bila mereka akan terus-terusan begitu. Biarlah mereka terus begitu. Dapatlah rakyat melihat dengan mata kepala mereka sendiri imej sebenar parti-parti yang BN bangga-banggakan itu. Semakin lama mereka bergaduh lebih baik. Rakyat dapat jadi hakim yang adil kepada mereka yang tidak berguna itu.

BN sedang menunjukkan belang sebenar mereka kepada rakyat. Najib yang mengetuainya sudah hilang taring untuk mengawal. Timbalannya pula meraban entah ke mana. Bila kepala sudah begitu, badan dan ekor bawa hal masing-masing. Inilah tanda-tanda lingkup yang jelas kepada sesebuah organisasi.

Pakatan Rakyat perlu berhati-hati. Harimau yang cedera akan sentiasa mencari mangsa. Daripada menerima kehancuran, lebih baiklah heret pihak lain bersama-sama hancur. Itulah yang sedang dilakukan oleh UMNO/BN terhadap PAS, DAP, dan PKR sekarang ini. _Tinta Mutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist