.

Monday 16 November 2009

UMNO SEDANG SENGSARA | Nizar News

Ketika Nor Mohamad Yakcob hebat diperkatakan sedang diasak oleh puak-puak Dr. Mahathir supaya ditendang dari kabinet Najib, serangan terhadap PAS oleh UMNO nampaknya kendur dan lesu. Isu bai'ah talak tiga yang merupakan kes terpencil itu bukan sahaja dilakukan secara sukarela oleh pelakunya malahan juga diketahui dengan jelas oleh isterinya.

Nik Aziz membatalkan hasratnya menunaikan haji melalui tajaan yang menimbulkan fitnah. Masih ada orang UMNO yang begitu terdesak untuk menjatuhkan imej MB yang setiap bulan menyumbang wang kepada negerinya. Insan sebeginikah yang terdorong melakukan rasuah?Serangan terhadap PAS itu sebenarnya digunakan untuk menutup isu Kerajaan Persekutuan enggan membayar royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

UMNO gagal lagi mencemarkan imej PAS, parti yang mendapat suntikan semangat baru selepas Seminar Memperkasakan Parti pada 7 November 2009 yang lalu.Sebaliknya, UMNO dihentak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

Harus diingat bahawa keputusan mahkamah itu turut memberi harapan baru kepada kes tiga katak yang melompat di Perak. UMNO akan menjadi semakin parah apabila satu demi satu kes berkeputusan menghempap kepala mereka. Rakyat sedang menunggu kesemua itu menjelma menjadi kenyataan. Marilah kita berdoa semoga Allah memakbulkan pormohonan-permohonan itu._ Tinta Mutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist