.

Tuesday 24 November 2009

SISTEM DUA PARTI DI MALAYSIA | Nizar News

Banyak pihak memberi pandangan tentang kebolehlaksanaan sistem dua parti di Malaysia. Ada yang mengatakan rakyat belum bersedia menerimanya. Ada yang berpendapat perbahasan antara pemimpin politik dari dua parti yang berbeza belum menjadi budaya di Malaysia.

Alasan-alasan di atas tidak sebenarnya tidak berasas. Mahu atau tidak pengundi terpaksa memilih satu antara dua calon jika sekiranya pertembungan satu lawan satu berlaku dalam sesuatu pilihan raya. Harus diingat bahawa satu lawan satu akan menjadi budaya jika Pakatan Rakyat (PR) didaftarkan sebagai satu gabungan parti-parti untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) setiap kali Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil diadakan. Adakah semua orang percaya pengundi tidak akan keluar mengundi apabila PR lawan BN?

Yang paling utama ketika ini adalah mendaftarkan PR sebagai sebuah parti gabungan. Selagi hal itu tidak dilakukan, tak payah cakaplah tentang sistem dua parti. _Tinta Mutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist