.

Friday 13 November 2009

Bank Negara Siasat Segera MB Negeri Sembilan | Nizar News

KENYATAAN AKHBAR

13hb Nov 2009, Jumaat

BANK NEGARA MALAYSIA MENYIASAT SEGERA TERHADAP MOHD HASSAN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN YANG MENGIRIM DANA SEBANYAK RM 10 JUTA KE LUAR NEGARA


Pada 26 Okt 2009, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Bank Negara tidak memberi alasan dan sebab pembatalan lesen-lesen yang dinyatakan.

Antara bukti-bukti diperolehi BNM, didapati maklumat yang menunjukkan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.

Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 antaranya,
Seksyen 30(1)(b), “… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…” dan;

Seksyen 35(b), “memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini”.

Persoalannya, adakah MB Datuk Seri Mohd Hassan bersedia menjelaskan sama ada transaksi ini dijalankan melalui saluran sah mengikut Undang-undang Malaysia? Bolehkah beliau secara telus menerangkan dari mana datangnya dana sebanyak RM10 juta dan apakah tujuan transaksi tersebut?

Saya menyeru kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyiasat segera terhadap Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd serta mengumumkan siapa penerima dan pengirim yang berkaitan serta tujuan transaksi yang dijalankan.

Saya turut menyeru Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera terhadap punca-punca dana sebanyak RM 10 juta yang dikirim oleh Mohd Hassan dan penerima transaksi yangditujukan.

Dari maklumat yang saya perolehi, terdapat banyak tokoh-tokoh pernigaan serta ahli-ahli politik sering mengguna langkah ini mengirim dana ke luar negara. Saya percaya dana sedemikian datang dari punca-punca yang melanggar undang-undang. Seterusnya klik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist