.

Thursday, 5 November 2009

1 BN KE 1 MALAYSIA? | NIZAR NEWS

Najib ditempelak lagi. Kali ini oleh Parti Gerakan Malaysia (Gerakan). Tempelakan itu dilakukan oleh Wanita Gerakan dan Pemuda Gerakan. Walaupun Najib menyanjung Tsu Koon tinggi melangit, kedua-dua sayap utama Gerakan itu tidak berkenan dengan Gagasan 1 Malaysia. Mereka lebih suka jika 1 BN diwujudkan.

BN perlu dijadikan sebuah parti pelbagai kaum. Menurut Ketua Pemuda Gerakan, usul itu telah dikemukakan dua tahun berturut-turut. Namun, perkara itu tidak dihiraukan dan diibaratkan bercakap dengan orang pekak.

Kata Tan Lian Hoe, "Keikhlasan dan kejujuran dalam menzahirkan Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hendaklah berdasarkan kelayakan dan bukan warna kulit." Kenyataan ini menjelaskan kewujudan krisis keyakinan terhadap Najib.

Krisis itu wujud akibat kekeliruan terhadap tindak tanduk para pemimpin UMNO yang tidak sehaluan. Najib sibuk memperkukuhkan Gagasan 1 Malaysia. Muhyiddin nampaknya berkeras mempertahankan Ketuanan Melayu. Walhal Khairy sendiri mengusulkan Ketuanan Melayu digantikan dengan Kepimpinan Melayu.

Para pemimpin UMNO bukan sahaja berjaya mengelirukan parti-parti komponen BN malahan juga seluruh rakyat Malaysia dengan gagasan yang tak ketahuan hala.

Gerakan ialah parti perkauman. UMNO pun parti perkauman. Begitu juga dengan MCA dan MIC. Cita rasa mereka sama sahaja. Sampai bila-bila pun UMNO akan mempertahankan kebangsaan Melayunya. Mereka selesa dengan kedudukan itu.

Sehubungan itu, ahli-ahli Gerakan yang tidak berpuas hati dengan situasi yang tidak mungkin berubah itu perlu mengambil keputusan keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat yang ternyata memperjuangkan keadilan dan kepentingan semua kaum di Malaysia. _tinta mutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist