.

Wednesday 21 October 2009

PERINGATAN KEPADA PAS !!! | Nizar News

Perkembangan terbaru yang dilaporkan melalui media alternatif sedikit merisaukan. Tiada kesepakatan dalam kalangan pemimpin PAS untuk menjadikan Kelab Penyokong PAS (KPP) sebagai satu sayap parti. Jika laporan ini benar, ada sesuatu yang tidak kena dengan pemikiran sebahagian daripada barisan kepimpinan PAS.

Mereka yang tidak sepakat ini perlu merenung sedalam-dalamnya keputusan yang mereka buat supaya tidak ada yang mengatakan kalau tidak mahu diangkat KPP itu, mengapa gatal punggung menubuhkannya. Bila penubuhannya hendak dilaksanakan, tiada yang menentang. Situasi ini bukan sahaja menunjukkan sikap tidak konsisten malahan juga membuka ruang kepada musuh untuk menghentam PAS.

PAS perlu ingat bahawa KPP memberi sumbangan yang amat besar kepadanya semasa PRU Ke-12 yang lalu. Pengiktirafan kepada kerja kuat mereka perlu dizahirkan. Jangan sekali-kali mengecewakan mereka biar apa pun yang perlu diubah dalam perlembagaan atau apa-apa jua yang bersangkutan.

Perkara paling utama yang perlu diberi sepenuh perhatian atas perkara ini adalah jika golongan ini meninggalkan PAS, mereka tidak akan kembali lagi. Sama sahaja dengan sikap PAS yang tidak mahu kembali ke BN setelah ditendang dan rasa dihina oleh UMNO. Jangan lupa tentang kemungkinan ada ahli-ahli PAS yang meninggalkan parti semata-mata kerana tidak setuju dengan tindakan negatif terhadap KPP itu.

Terpulanglah kepada kebijaksanaan barisan kepimpinan PAS untuk membuat keputusan dan menyelesaikan permasalahan besar ini. Keputusan itu akan menentukan kesinambungan perjuangan PAS pada masa depan. Janganlah wal hasil balik asal!!! _Pena Mutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist