Monday, 26 October 2009

Pencipta "Jemaah Dalam Jemaah" : Fitnah ke Atas Kepimpinan PAS | Nizar News

Menjelaskan Beberapa Fitnah ke Atas Kepimpinan PAS yang Sudah Bertahun-Tahun Berlegar

Oleh : Tulang Besi

Saya sendiri telah mendengar fitnah ini selama beberapa lama. Semenjak saya duduk dalam kepimpinan kampus lagi. Yakni telah wujud satu usaha untuk mencipta sebuah jemaah dalam jemaah. Dan jemaah tersebut dikaitkan dengan kumpulan yang dipanggil sebagai IRC/JIM.

Saya sendiri antara mereka-mereka yang kuat menentang IRC/JIM/MISG sewaktu di kampus dahulu dan saya tetap berpegang dengan pendapat bahawa di kampus2 seharusnya semua jemaah Islam duduk di bawah paying PAS dan bukannya berlawan sesama sendiri.
Fitnah yang selama ini saya dengar menamakan beberapa nama yang mereka kaitkan sebagai “jemaah dalam jemaah” dan mereka-mereka ini dikatakan sebagai pemimpin JIM dalam PAS. Suka saya menggunakan peluang saya ini untuk memberi beberapa fakta yang bakal menguraikan fitnah ini:

Nama-nama yang dikaitkan mencipta “jemaah dalam jemaah” adalah:

a. Khalid Samad – Nama ini adalah nama yang paling kelakar dan paling tidak logic antara nama-nama yang sering diungkap dan diperkatakan. Ini kerana Khalid Samad adalah penggerak “Suara Al Islam” sewaktu di UK dahulu dan Suara Al Islam adalah musuh ketat JIM/IRC. Sebaik beliau kembali ke Malaysia, beliau masuk PAS dan bertanding pilihanraya di Kuala Kerai.
Ceramah Politik PAS yang pertama saya dengar adalah ceramah yang diberikan oleh Khalid Samad sewaktu Markaz Tarbiyyah masih belum siap. Khalid Samad juga pernah ditangkap ISA kerana aktiviti beliau dalam PAS.

Di Selangor, yang kerap menyebarkan cerita Khalid Samad ni JIM/IRC adalah Ustaz Mat Zain, ketua Dewan Ulama PAS NEgeri.

Kalau betul Mat Zain ni kesah sangat pasal JIM dalam PAS Selangor, mengapa dia pegi fitnah Norman Toha, bekas Presiden MISNA?

Mustahil Khalid Samad ni IRC/JIM kerana beliau berpewatakan keras dan agresif. Mereka2 yang dilatih dan ditarbiyyah JIM/IRC mempunyai perwatakan halus dan lembut

b. Dr Hatta Ramli – Dr Hatta pun sering dikatakan sebagai pencipta jemaah dalam jemaah dan menjadi penggerak JIM dalam PAS. Saya pernah mendengar ceramah Ustaz Othman Razak, bekas SU Kerja sewaktu zaman Asri. Beliau berkata sewaktu beliau bertanding kerusi Parlimen Setapak pada Piliharaya Umum 1982, beliau tiada jentera dan kesemua anak-anak murid beliau juga tidak mahu berkempen untuk beliau.

Yang berani turun berkempen untuk beliau HANYALAH kumpulan-kumpulan pelajar dari Kampus Medik UKM di Kampung Baru pimpinan Dr Hatta Ramli. Sekali lagi saya sebut, DR HATTA RAMLI. Jadi, bagaimana Dr Hatta Ramli ini JIM kalau beliau sudah berkempen dan aktif dalam PAS semenjak 1982 lagi, di waktu PAS amat lemah dan dipandang hina?

c. Husam Musa– Ini lagi cerita mengarut sebab Husam Musa masuk PAS sejurus selepas deklarasi kepimpinan Ulama diluluskan dalam Muktamar PAS 1982 di Dewan Bahasa Pustaka. Waktu Husam berada dalam kampus UM, IRC/JIM belum wujud lagi di Malaysia

d. Dr Syed Azman– Nama Dr Syed Azman pun dilibatkan sebagai penggerak IRC/JIM dalam PAS. Padahal, Dr Syed Azman adalah penubuh kepada gerakan PAS di USA ( waktu itu namanya MISG-Terra Haute).

e. Dr. Lo Lo Ghazali – Beliau adalah anak kepada bekas pimpinan PAS Perak, Haji Ghazali. Ertinya beliau ini telah PAS sejak kecil lagi. Bagaimana hendak dikatakan beiau ini IRC/JIM?

f. Dr Siti Mariah Mahmud- anak kepada bekas Bendahari PAS Kedah, Hj Mahmud yang tersohor di kalangan ahli2 PAS Kedah. Kalau kita rujuk kepada veteran2 PAS Kedah, semua akan menyatakan Hj Mahmud ini adalah antara yang paling berjasa kepada PAS Kedah.

g. Ustaz Mujahid Yusuf Rawa – Anak Kepada Bekas Presiden PAS Haji Yusuf Rawa. Keluarga saya mengenali Mujahid semenjak beliau kecil lagi dan kami memang tahu beliau ini hijau sekarat-karatnya. Tidak mungkin beliau boleh dijadikan jemaah lain, kerana beliau PAS sejak lahir lagi.

Manakala, terdapat beberapa bekas pimpinan JIM yang menyertai PAS selepas peristiwa Anwar Ibrahim dipecat 1999:
a. Dr Dzul Ahmad - Bekas kepimpinan besar JIM namun beliau telah mengambil keputusan untuk putus hubungan dengan JIM sama sekali dan terus istiqamah dengan PAS

b. Saari Sungip - Dalam satu forum dengan pelajar2 KMUK/MISG di UK, beliau telah menyuruh supaya JIM di UK dibubarkan dan kesemuanya masuk PAS. Beliau kata beliau tidak nampak apa arah tujuan JIM yang boleh menjamin kemenangan Islam (au qama qalla).

Mengapa tidak dipersoalkan background beberapa kepimpina Fraksi UMNO?
a. Nasaruddin Mat Isa - Mengapa sewaktu beliau di Jordan, kepimpinan PAS di sana tidak mengenali beliau?

b. Dr Harun Din- Mengapa beliau hanya aktif sewaktu PAS dalam Barisan Nasional dan apabila PAS ditendang beliau sudah tidak kelihatan lagi? KAlau nak kata takutkan tekanan pemerintah, mengapa Ustaz Ghani abdul Rahman boleh terus istiqamah berjuang walaupun beliau pensyarah di UTM?

c. Mustafa Ali. – Pun hanya kelihatan sewaktu PAS dalam Barisan Nasional. Sewaktu sebelum itu, kita tidak mengenali siapa Mustafa Ali?
Itu adalah beberapa persoalan yang boleh kita persoalkan, kalau mahu dipersoalkan lah.

d. Satu komen dari pembaca: Anonymous said...
TB, ko lupa senaraikan Hassan Ali. Siapa macai ni untuk tiba tiba di baiah oleh Pas Selagor? Hassan Ali tidak pernah dikenali dalam gerakan Islam semenjak dari kampus. Semasa di US, dia PTD..jauh bezalah nak banding dengan gerak dakwah MISG atau Misna. tahun 1999 baru join Pas..aku nak angkat orang ni? sorry la..

Hakikatnya, PAS ini adalah seperti kuali yang panas. Kalau ada yang boleh bertahan duduk di atasnya, mengapa mahu meragui keikhlasan mereka. Tak perlu takut JIM atau tidak kerana kalau betul mereka tidak ikhlas mereka tidak akan tahan lama.

Sumber : Tulang Besi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)