.

Friday 30 October 2009

PANAS ! : Hadapkan Khairudin Osman ke JK Disiplin Dulu : Tulang Besi | Nizar News

Oleh : Tulang Besi

Ada pepatah inggeris yang berbunyi: “People in glass houses, should not throw rocks”.

SU Perhubungan PAS Selangor telah dengan garang sekali meminta JK Disiplin PAS Pusat mengambil tindakan kepada orang2 yang dikatakan membocorkan rahsia parti.

Dipetik kenyataan beliau:

“Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.”

Beliau juga menambah:

“Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti.”


Saya dah rujuk perlembagaan parti, dan perlembagaan parti tidak langsung menyatakan bahawa kandungan serta perjalanan mesyuarat Perhubungan NEgeri adalah satu bentuk rahsia. Jadi, bagaimana beliau hendak mendakwa Khalid Samad ( saya suspect statement ni ditujukan kepada Khalid Samad)


Laporan Ke Atas Khairuddin Othman

Baiklah, saya ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 memohon JK Disiplin supaya menyiasat SU Perhubungan Selangor kerana telah membuat beberapa kenyataan yang merugikan serta merosakkan imej PAS. Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia (sebuah akhbar yang memusuhi PAS) menyatakan:

“Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).”

Kenyataan Mohd Khairuddin Othman ini jelas BERLAWANAN dengan keputusan Muktamar PAS di Ipoh dan Shah Alam yang mahukan PAS mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Sekiranya PAS ini sebuah tentera, kenyataan Khairuddin ini memungkinkan beliau dibicarakan di dalam mahkamah tentera atas tuduhan khianat dan engkar perintah yang boleh membawa kepada hukuman mati.

Lebih menyedihkan Khairuddin membuat kenyataan yang telah dieksploitasi oleh media musuh PAS seperti Utusan Malaysia dan media ini menggunakan berita ini untuk keuntungan UMNO.

Lebih lebih lagi beliau membuat pernyataan yang begitu jahat itu demi mepertahankan tindakan Hasan Ali yang telah melanggar janji beliau sewaktu mesyuarat Pakatan Rakyat di Tropicana.

Nasihat saya pada saudara Khairuddin Othman, “people in glass houses should not throw stones”. Sebelum bercakap cermin diri sendiri dahulu.

Tulang Besi _ Seterusnya klik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist