Saturday, 17 October 2009

Najib, 'kelucahan ringan' dan rasuah Umno ! | Nizar News

Pergi Jahanam Lah UMNO .. Kisah Perhimpunan Agung UMNO

H Fansuri

Bahasa-bahasa pertuturan Melayu selalunya mencerminkan adab dan budi pekerti yang tinggi. Kita sering mengguna istilah berlapik untuk menyebutkan sesuatu khasnya yang melibatkan alat kelamin, sama ada lelaki mahu pun wanita.
Tapi, Perhimpunan Agung Umno kali ini sekali lagi disulami gelak tawa, gara-gara Presiden Umno, Najib Razak berhasil menyulam unsur kelucahan lewat ucapan penutupnya. Petang 16 Oktober menjadi saksi bahawa bukan sedikit kenyataan ini diulang-ulang oleh Najib Razak.

Antaranya, Najib kerap mengulang-ulang sebutan nama seorang pemimpin kulit hitam, bersama Nelson Mandela; pejuang Apartheid di Afrika yang bernama Dakote.

"Namanya D-A-K-O-T-E ..." Najib terdiam sejenak selesai dia mengeja abjad D-A-K-O-T-E satu-persatu sambil menanti reaksi para perwakilan. Tidak lama selepas itu meledaklah ketawa besar perwakilan setelah menyedari gurauan lucah itu.

Paling mengejutkan, Najib tergamak menyebutkan perkataan 'anu' lelaki dengan jelas di hadapan orang-ramai secara langsung setelah didesak para perwakilan sendiri.

Najib boleh memilih untuk tidak menyebut atau boleh juga terus menyebut nama pemimpin itu sekali lalu dan terus merujuk kepada perjuangan menentang sistem yang tidak adil itu.

Jika Najib menyebut hal ini sekali lalu tanpa berniat menyerapkan unsur kelucahan dalam ucapannya para perwakilan pun tidak akan terikut-ikut rentak kelucahan itu dan mereka pun tidak terfikirkan hal kelucahan yang cuba digambarkan oleh Najib itu.

Batang Berjuntai

Tapi, Najib tetap menyebutkan menyebutkan hal itu. Malah, dalam pilihan raya kecil di Batang Berjuntai, ucapan Najib turut mengheret pengertian batang berjuntai dengan alat kelamin lelaki dengan sengaja.

Kita pun tertanya-tanya, dalam fikiran Najib, ada apa yang berselirat dalam kepala dia sebenarnya selain komisen kapal selam Scorpene?

Dalam perhimpunan agung Umno tahun lalu Najib menyentuh sekilas hajatnya untuk nikah sekali lagi. Tetapi, malangnya, menurut kata Najib, 'kilang lama' tidak mengizinkannya membuka 'kilang baru'. 'Kilang lama' merujuk Rosmah, sementara 'kilang baru' merujuk isteri baru.

Dalam perkembangan lain, ketika menyentuh hal jenaka lucah bersama Dato' Ishak, Najib mengulas semula kenangan lalu bersama rakannya itu.

Kata Najib, jika ada letupan maka rakannya itu berpesan agar jaga 'anu' masing-masing terlebih dahulu. Najib, sempat bergurau, iaitu dia rasa risau kalau-kalau rakannya menjaga anunya jika ada letupan itu. Tidaklah diketahui, adakah letupan itu seperti ledakan bom C4 bunyinya?

Terdahulu, dalam ucapannya, Ishak bercerita bahawa Najib pernah bertanya kepadanya setelah dengar letupan itu: "Ishak, apa kita nak buat?" Lalu soalan itu disambut Ishak, "... raba telur you."

"Saya tanya, ada (anu) Dato'?" kata Ishak kepada Najib. "Dia (Najib) menjawab ada (anu) Hak."

Tambah Ishak lagi, gurauan itu beliau kemukakan sebagai alasan - bahawa menjadi suatu kewajipan untuk Perdana Menteri memiliki 'anu'. Apa kes dan apa kejadahnya gurau-gurauan seperti ini?

Semua bentuk gurauan lucah seperti ini, walaupun masih tersirat, tapi ia mahu dibawa ke arah mana sebenarnya? Lawak Abu Nawas ada inti pengajaran juga. Lawak lucah Najib nak diambil pengajarannya daripada sudut mana agaknya? Najib Razak adalah anak Pahang, Ahli Parlimen Pekan.

Cukuplah dengan MB Pahang Adnan Yaakob yang membuat isyarat lucah secara terbuka dengan tangannya dalam salah satu kempen pilihan raya dulu. Tindakan itu, sudah cukup memalukan anak Pahang.

Najib juga turut merujuk program anjuran mereka yang dibuat di Kg Janda Baik berulang kali. Ada apa dengan Kg Janda Baik? Apakah Najib ada 'seseorang' pula di sana?

"Janda..yang baik ...," kata Najib lagi dengan lirik mata dan senyum simpul, seperti membayangkan ada kerakusan dan dahagakan ketawa, sorak-sorai hadirin perwakilan. Seterusnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)