.

Sunday 25 October 2009

MESTI BACA!!! : PR Lebih Baik Daripada BN | Nizar News

Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas yang ada kaitannya dengan Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN). Peristiwa-peristiwa tersebut berjaya menyerlahkan kewibawaan dua komponen tersebut.

Laporan Ketua Audit negara menyerlahkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh pelbagai jabatan kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal memastikan bukan sahaja tiada pembaziran dilakukan malahan juga amalan pembelian pada harga yang tidak munasabah bagi membolehkan rundingan dibuat untuk menyonglap duit rakyat. Anehnya perkara ini terus berlaku dari tahun ke tahun. Tiadakah mekanisme yang mapan untuk membanteras gejala setan ini?

Rakyat tentunya tersenyum simpul bila mengetahui Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukan sahaja mendapat pujian daripada Transparency International tentang kesungguhan membanteras rasuah malahan juga kejayaan meningkatkan pendapatan negeri dari RM847.45 juta pada tahun 2007 kepada RM1.25 bilion pada tahun 2008 menurut Laporan Ketua Audit Negara.

Peningkatan itu adalah sebanyak 21%. Puncanya ialah sikap berjimat cermat kerajaan negeri, tidak membazir, dan pelaksanaan dasar CAT (Cekap, Akautabiliti, dan Telus). Rakyat Pulau Pinang tersenyum puas walaupun duit tunai kerajaan negeri merosot kerana wang itu digunakan untuk kemaslahatan mereka.

PAS telah memerintah Kelantan selama 19 tahun berturut-turut. Yang istimewanya adalah sepanjang tempoh itu tiada amalan rasuah yang dicatatkan. Di samping itu, Kelantan berjaya mempertahankan 51% kawasan hijau. Kini, Kelantan mempunyai kawasan hutan terluas di Malaysia berbanding dengan mana-mana jua negeri yang diperintah oleh BN.

Ketua Audit Negara juga memuji Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berjaya meningkatkan hasil kepada 205.5% selepas hanya setahun memerintah. Kejayaan itu diperoleh menerusi polisi penjimatan. Oleh sebab itu, Kedah mampu membayat hutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Di samping itu, Laporan Ketua Audit Negara juga memperakui kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengawal ketirisan dan memastikan wang yang dibelanjakan sampai kepada kumpulan sasaran. Pujian yang paling menggembirakan ialah kecekapan mengurus perbelanjaan.

Kesemua yang dinyatakan di atas membuktikan bahawa membasmi rasuah menjadi keutamaan kerajaan pakatan. Rakyat Malaysia di negeri-negeri lain patut memilih kerajaan yang sebegini untuk memakmurkan diri mereka dan juga negara kita yang tercinta ini.

Usahlah bergantung harap kepada BN yang menjadikan rasuah sebagai satu daripada ciri utama Gagasan 1 Malaysia walaupun lidah tidak bertulang Najib beriya-iya mahu memerangi rasuah. Harus diingat bahawa hingga sekarang Kerajaan BN Pahang belum melunaskan tuntutan seperti yang diarahkan oleh mahkamah kepada sebuah syarikat. Bidang inilah yang dijuarai oleh negeri kelahiran Najib!!! _Pena Mutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist