.

Saturday 10 October 2009

Isa Samad Bakal MB N9 Yang Baru!! | Nizar News

Oleh : manjungmari

Segala-galanya ini terletak kepada keputusan pengundi DUN Bagan Pinang selepas jam 5.00 ptg esok.Jikalau ISA Samad menang, sudah pasti kehendak akar umbi akan bergema kembali, dan aku yakin.. kata-kata keramat bagi Bini Rosmah iaitu Kemahuan Rakyat diUtamakan.. atas alasan itu Isa Samad akan di lantik semula sebagai MB Negeri Sembilan.

Kita kena kena ingat, Isa Samad menjadi MB sama dengan Mahathir jadi PM, itu pasal Mahathir cakap jangan pilis Isa Samad.. Bila Mahathir kata "jangan", maka itulah yang beliau mahu.. beliau mahu Isa Samad, dan Najib bini Rosmah hanyalah pelaksana arahan Mahathir... itulah yang sebenarnya.

Isa Samad ditukar menjadi MB kepada Menteri Pusat zaman Pak Lah, kerana Khairy menantu Pak Lah mahukan Datuk Mohamad Hasan jadi MB Negeri 9. Begitu juga Zambri jadi Mb Haram Perak, sepatutnya kehendak Najib nak kan Hamidah, tetapi Pak Lah dengan nasihat Khairy telah melantik Zambri.

Sekarang Najib tengah pening kepala, janji dulu kepada semua ahli UMNO iaitu hak memilih jawatan Presiden dan lain-lain akan dipulangkan kepada semua ahli UMNO, tiada lagi undi bonus dan apa jua seperti yang dijalankan sewaktu zaman Mahathir,.. Jadi najib dah mula risau... takut jawatan Presiden yang disandang sekarang hanya sempat sepenggal sahaja, lepas itu bersara boleh balik ke monggolia..

Bukan sahaja Najib saja yang risau, Mahathir juga risau kalau Najib jadi Presiden hanya sepenggal, sebab kedudukan Mukhris pun belum kukuh dan selamat, jadi untuk mengelakkan ini semua salah satunya peluang yang ada ialah Isa Samad, Isa samad perlu dilantik semula menjadi MB N9. Dengan ini pengaruh Najib dalam UMNo dapat diperkemaskan. kalau dulu Isa Samad tidak disukai oleh Yang Dipertuan Besar N9, sehinggalah beliau menyimpan janggut dan jambang tanpa bercukur sehinggalah digantikan dengan Mohamad Hasan menjadi MB, tetapi sekatrang yang di Pertuan Besar orang baru, ia tak ada masaalah dengan Isa Samad... yang berputih mata nanti ialah Mohamad Hasan, nak buat apa lagi, Khairy pun dah tak boleh nak bersuara banyak... kes Rasuah politik belum ditutup...

Itu belum lagi diambil kira dari faktor korporat dan kroni-kroni bangsa lain yang ada dibelakang Isa Samad, mereka juga mahukan Isa menjadi MB supaya projek yang tertangguh selama ini di bawah Mohd Hasan dapat diteruskan. Semuanya dok menunggu keputusan pada petang besok.
Jika pengundi Bagan Pinang mahukan senario politik Negeri 9 berubah wajah dan corak, maka ditangan merekalah yang menentukan.

Apa pun bagi aku dengan penuh harapan pada kuasa Allah sahaja aku berharap calon PAS akan memenangi PRK Bagan Pinang besok Insyaallah. Ameen. _TKODaily.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist