Oleh : Mohd Sayuti Omar
APABILA saya memberi pandangan positif mengenai cadangan (saya ulangi cadangan) keperluan membentuk Unity Gorvenment (UG) oleh Abdul Hadi Awang tidak lama dulu ramai yang mengatakan saya sebagai penyokong kuat pembentukan kerajaan perpaduan itu. Maka saya juga dikatakan sebagai agen Umno dan sekaligus untuk memperokperandakan Pas. Ada juga yang berfikir jauh dari itu, kononnya cadangan itu untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.
Saya menghormat dan menerima apa saja bacaan umum ke atas penulisan dan pemikiran saya. Seperti mana saya bebas membuat spkelulasi maka mereka juga bebas membuat celahan dan tuduhan ke atas saya.
Bermacam-macam (tuduhan) sebenarnya dan ada yang lebih sadis dari itu. Saya faham tuduhan itu datangnya dari pemain-pemain politik muda. Yang bergerak bersama arus dan gelombang "hore-hore" mereka. Mereka membuat kesimpulan hasil daripada apa yang mereka fikir ataupun diskas bersama rakan-rakan di kedai-kedai kopitiam, depan skrin laptop atau pun di anjung bilik kuliah atau pun di tepi surau dan masjid.
Mereka membuat pandangan mengenai saya dan penulisan saya dari dari bingkai pemikiran muda mereka. Setengannya membuat kesimpulan mudah tidak pun merujuk kepada sejarah atau mengambil kira pengalaman seseorang kenapa mereka berkata demikian atau cuba menyelami apakah maknawi di sebaliknya. Dalam kesempatan beriktraksi dengan ahli FB, saya selalu menasihat mereka yang ingin mengenali saya agar membaca mengenai 'kerencaman' saya dari belakang ke depan bukan dari hari ini ke depan.
Mengenai Allahyarham UG itu sebenarnya banyak yang tidak tahu apakah maksud dan natijahnya daripada yang tahu. Umumnya tahu kerajaan perpaduan atau UG adalah penggabungan jasad dan jiwa antara Umno dengan Pas. Mereka yang menolak atau memprejudisnya bak sanggama kekasih dengan kekasih atas tilam lembut di malam sunyi tanpa ijab dan kabul.
Banyak juga yang menolak kerana berpegang kepada "fatwa" Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang sudah serit dengan UBN. Fatwa itu pun boleh dipertikaikan dan bukan sesuatu yang sihat ataupun bukan boleh dijadikan pegangan sepanjang zaman. Mungkin rasa perit Nik Aziz itu relevan di zamannya tetapi tidak sesuai untuk masa depan. Kerana kerajasama Pas - Umno menerusi BN dulu dilakukan oleh generasi terdahulu, di mana sebahagian besar generasi dalam Umno yang terlibat dengan pembentukan kerjasama itu sudah pun tidak ada. Percayalah citara dan pendekatan perjuangan generasi akan mendatang tertakluk kepada kondisi dan situasi dan bukan bersifat statik.
Pun begitu sekali lagi saya atau sesiapa saja tidak boleh menyalahkan penerimaan begitu (membenci UG) kerana mereka menerima penjelasan atau hasutan demikian mengenai UG. Bahkan kita kena hormat mereka yang menolaknya atas keyakinan UG boleh merosakkan Pas dan Pakatan Rakyat. Bukankah penolakan itu satu sikap tegas dan terpuji kepada mereka yang mahu lihat kejayaan Pas dan Pakatan Rakyat?
Di sini bukan saya hendak membangkitkan balik mengenai UG, jangan silap faham! Ia sudah pun mati dan dikafan serta ditalqinkan beramai-ramai dalam mesyuarat khas Pas yang lalu. Isu UG sudah berakhir. Biarlah kisah UG menjadi sejarah pedih untuk dikenang dan diingatkan. Gara-gara UG ini juga menyebabkan malam dan siang Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang tidak damai. Banyak masa emas mereka yang seharusnya digunakan untuk membaca Quran dan Hadith dihabiskan untuk memikirkan kekalutan tentangan UG.
Biarlah ia berlalu dan menjadi sejarah bakal ditulis di masa depan. Bahawa cadangan UG itu menjadi saksi bahawa ada sebahagian pemimpin pernah mengemukakan cadangan berkenaan atas maslahat-maslahat yang sukar untuk dijelaskan. Generasi mendatang jalan persalahan kepada mereka.
Tetapi apa yang hendak saya disebutkan disini ialah mengenai intipati atau bentuk UG yang pernah dicadangkan itu. Moga dengan penjelasan ini menjadikan mereka yang prejudis kepada UG sebelum ini tidak kekal marah dan jahil mengenainya.
Sebelum ini kalau penjenguk masih ingat saya pernah menulis dalam blog ini; kata saya kenapa UG gagal ialah kerana Pas tidak membawa bekas kawan saya di depan. Tegas saya kalau bekas kawan saya itu dibawa sama mungkin keadaanya tidak menjadi kalut sehingga cadangan itu terberai di tengah jalan. Siapakah bekas kawasan saya itu? Semua penjenguk tahu.
Kenapa saya berkata begitu kerana bekas kawan saya ini tahu apakah bentuk dan kebaikan UG itu. Dia menrima akan kepraktikalan mengenai UG yang akan mewujudkan kerjasama yang bersifat win-win antara Pas dengan Umno. Bahkan UG itu juga adalah jalan terbaik bagi Pas dalam menyelesaikan kemelut politik ummah (agama dan bangsa) jikalau waktu ini Pas tidak berganding erat dengan PKR dan DAP.
Kenapa saya kata bekas kawan saya faham dan menerima pendekatan UG untuk kebaikan bersama? Kenapa? Cuba kita tenangkan sekejap otak dan lihat kepada apa yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan (DUN) Kelantan yang berakhir sehari lepas. Bekas kawan saya itu, YB Datuk Husam Musa telah mencadangkan satu idea untuk melantik Adun pembangkang sebagai menjadi timbalan Exco. (Sila rujuk juga laporan Siasah terbaru di muka surat 5)
Cadangan ini bagi satu satu cadangan yang baik dan menunjukkan kegeligaan otak beliau. Inilah yang saya kata dulu bahawa si baju petak-petak merah ini seorang yang bijak dan berpandangan jauh. Sebab itu saya telah gila-gila berusaha untuk mengusungkan ke Kelantan pada tahun 2004 sebagai persiapan untuk menjadi Menteri Besar bagi mengganti Nik Aziz. Saya sudah dapat membaca kelebihan dan kehebatan yang ada kepadanya dan jarang dimiliki pemimpin pelapis lain di Kelantan.
Cadangan yang beliau kemukakan itu membuktikan kepelbagaian beliau dalam menyelesaikan masalah politik. Ia juga menunjukkan keberaniannya. Dalam saat orang membuang kerjasama dengan Umno tetapi beliau boleh tampil membuat cadangan itu. Pada saya inilah keberanian yang ada kepadanya. Sifat-sifat yang dimilikinya inilah mewajarkan beliau menjadi pemimpin. Seorang pemimpin itu harus sentiasa ada pemikiran dan idea-idea baru yang progresif.
Sebenarnya, apa yang dicadangkan beliau itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri kerajaan perpaduan yang dicadangkan dulu. Kalau cadangan Husam itu bukan bermakna Pas bekerjasama dengan Umno maka begitulah juga rupa dan bentuknya UG dulu.
Bak kata Husam itu, kalau Adun BN dilantik menjadi timbalan Exco yang ada kelulusan profesional mereka boleh merancang progeam untuk rakyat. Sudah tentu juga mereka boleh mengadakan pendekatan dengan kerajaan Persekutuan, dan ini sangat penting.
Saya nampak yang Husam nampak mengenai baik dan buruknya, untung dan ruginya mengenai jalinan kerjasama seperti itu antara Pas dengan Pas di peringkat sebuah kerajaan menerusi perlantikan wakil UBN sebagai timbalan Exco itu.
Dalam konteks Kelantan kalau berlaku kerjasama seperti mana dicadangkan Husam itu, ia boleh menzahirkan suasana politik yang harmoni di Kelantan. Maka akan wujudlah satu pendekatan dan stail baru politik yang membawa keuntungan kepada rakyat jelata. Dengan wujudnya kerjasama itu juga nanti maka tidak payahlah kerajaan Kelantan menjerit-jeirt meminta royalti petroleum atau sampai terpaksa bawa rombongan ke tengah laut sehingga dihempas dan dipulas gelombang.
Tidak payahlah mengupah juruukur yang kehabisan kontrak dan dupah sebanyak RM30,000. Perbicangan untuk menuntut royalti itu boleh diuruskan oleh timbalan Exco dari Umno itu saja.Bukankah ini satu tindakan bijak untuk rakyat Kelantan?
Ikhlas saya nyatakan walaupun dari segi peribadi, merujuk kepada perangai si baju petak-petak merah saya tidak senang, tetapi saya suka dengan ideanya itu. Isu peribadi saya dengan beliau tidak harus dijadikan sebab kenapa idea itu ditolak. Saya berharap Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar bersedia menimbang memberi kelulusan kepada cadangan itu.
Dan kepada Adun UBN pula hendaklah menerima dengan baik idea berkenaan. Mustapa Mohamed hendak berfikir secara sihat walafiat atau mengkaji cadangan Husam itu demi pembangunan Kelantan.
Sekiranya cadangan Husam itu diterima Nik Aziz, jangan lupa dua Adun ini, Adhan Awang Kechik (Bukit Bunga) dan Nazula Mat Diah (Paloh). Mereka inilah yang telah membuat permohonan maaf menerusi akhbar daripada Husam Musa menjelang muktamar Pas yang lalu. Tentunya budi mereka ini tidak boleh diketepikan begitu saja; orang berbudi kita berbahasa![wm.kl. 10:20 am 30/10/09 _ Tinta Merah MSO
NOTE : TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJENGUK.... JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESAMA INSAN....... SILA KLIK, TQ..
Friday, 30 October 2009
Husam Hayati Semangat Unity Government : Oleh Mohd Sayuti Omar | Nizar News
2009-10-30T13:06:00+08:00
Nizar
EGM PAS|politik|UG|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-