.

Monday 19 October 2009

(Hot !!) Exco Tumbuk Tamu Raya 2 - Nik Aziz Kenal Exco dan Tamu Berkenaan! | Nizar News

Oleh : Mohd Sayuti Omar

SEPERTI mana diduga selepas diposting cerita sensasi dan memalukan itu kira-kira ham 11:30 malam tadi, beberapa orang penjenguk telah menelefon bertanyakan kejadian itu. Termasuk juga beberapa orang pemimpin Pas dari Selangor, Kelantan, Kedah. Termasuk juga Naib Presiden Pas, Sallahudin Ayub. Ada juga yang bertanya menerusi facebook dan email.

Masing-masing bertanya dan ingin mengetahui Exco manakah yang baidap dan sesat fikiran itu. Hanya Selangor, Kedah dan Kelantan sahaja Pas ada anggota Exconya. Di Perak Exconya sudah tidak valid lagi, bila kerajaan Pas di Perak dirampas oleh UBN.

Sallehuddin dengan nafas agak cemas dan ghairah menelefon saya kira-kira ham 12:22 pagi. Menjadi amalan Sallahudin bila dia merasa kurang selesa dengan catatan saya dia akan telefon saya minta penjelasan atau memberi penjelasan. Amalan Sallahuddin itu menyebabkan tidak mudah untuk saya menerima fitnah atau cakap-cakap Sallahuddin kurang senang atau marahkan dengan apa-apa penulisan saya.

Pada saya Sallahuddin antara pemimpin politik yang terbuka dan sedia bersemuka dan tidak mengamalkan seperti kucing mengambus tahi.

Sallahuddin sedikit merasa pelik dan hairan dengan kejadian itu. Katanya setahunya tidak ada kejadian Exco tumbuk orang di Taman Melawar. "Saya tahu ana tidak ada apa-apa yang berlaku pula, tadi....," katanya untuk memberi senario baik semasa rumah terbuka semalam.

"Takkan seorang Naib Presien tidak mengetahui apa-apa yang berlaku di kediaman sendiri, cuba enta siasat," kata saya sedikit memperlinya.

Tidak sampai tiga minit bercakap Sallahuddin permisi untuk membuat siasatan. Mungkin beliau sudah pun kenal dengan Exco berkenaan? Saya juga ada memberi tahunya supaya tanya Mahzuf Omar, sebab Naib Presiden Pas itu sudah pun maklum akan kejadian itu. Kalau Sallehuddin menghubungi Mahfuz sudah pasti dia sudah tahu siapa Exco berkenaan.

Si mangsa itu telah memberi tahu kepada Mahfuz. Katanya, Mahfuz telah memohon maaf kepada mangsa itu atas apa yang berlaku bagi pihak Exco berkenaan. Tidak pula dapat disahkan apakah mangsa itu menerima maaf itu. Yang jelasnya Mahfuz sendiri dapat membuat kejadian itu sesutau yang memalukan Pas.

Sebenarnya semasa saya postingkan kisah ini malam tadi saya sudah pun tahu siapa Exco berkenaan. Sengaja saya menukilkan begitu ingin menarik perhatian dan mendapat maklumat tambahan. Manalah tahu takut cerita itu sengaja direka untuk memburukkan keadaan saja, jadi maklumat tambahan yang absah diperlukan. Selalunya sebagai penulis saya dijadikan salur untuk menyampai dan mendedahkan sesutau yang berisiko Selanjutnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist