Thursday, 22 October 2009

BAPA BOREK ANAK RINTIK.... | Nizar News

Anak lelaki Abdul Kahar diberkas kerana sebar ajaran sesat

SHAH ALAM 21 Okt. – Anak lelaki ‘Rasul Melayu’ yang dikehendaki oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana dipercayai masih aktif menyebarkan ajaran sesat bapanya menerusi internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) diberkas di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Zulhilmi Abdul Kahar, 30-an, diberkas pasukan penguat kuasa JAIS sejurus selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, menjatuhkan hukuman terhadap bapanya, Abdul Kahar Ahmad, 59.

Sebelum diberkas, Zulhilmi dikatakan menyamar sebagai petugas media dengan memakai tag nama kakitangan sebuah stesen televisyen swasta bagi mengaburi pihak penguat kuasa JAIS yang berada di sekitar kawasan mahkamah tersebut.

Bagaimanapun pihak JAIS telah mengesan kehadirannya sejak dia tiba di mahkamah dan Zulhilmi yang menyedari tindak-tanduknya diperhatikan cuba melarikan diri.

Namun usahanya gagal apabila dia berjaya diberkas pihak penguat kuasa agama itu di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 1.30 petang.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika dihubungi lewat petang ini mengesahkan penahanan Zulhilmi dan memberitahu pihaknya sudah lama mengekori anak lelaki ‘Rasul Melayu’ itu serta hanya menunggu masa untuk memberkasnya.

Beliau berkata, Zulhilmi juga dipercayai masih aktif menyebarkan ajaran bapanya dan lelaki itu telah menulis satu SMS yang tertera perkataan, ‘JAIS berhala’.

“JAIS mempunyai kuasa untuk menahan Zulhilmi dalam tempoh 24 jam dan kita akan membawanya ke Mahkamah Tinggi Syariah esok bagi urusan pendakwaan,” kata beliau.

Bapa Zulhilmi, Abdul Kahar hari ini dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, denda sebanyak RM16,500 dan sebatan enam kali di mahkamah hari ini selepas dia mengaku bersalah mengisytiharkan dirinya sebagai rasul orang Melayu zaman ini. - Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)