Sunday, 4 October 2009

Azeez " Tokoh Kontroversi Umno 2009 " | Nizar News

Setuju ke dengan tajuk di atas ? .. Kalau aku setuju sangatlah... baca artikel yg dipetik daripada HarakahDaily:

Oleh Dzulfikar Mashoor
TELOK KEMANG, 5 Okt: PAS berpendapat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim layak dianugerahkan Tokoh Kontroversi Umno 2009 ekoran dakwaan Ketua Putera Umno itu kononnya dipukul lapan Pemuda PAS pada hari penamaan calon, di sini.

Ini kerana, semasa dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Azeez juga membuat dakwaan yang sama dengan menuduh penyokong PAS cuba mengkasarinya.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyifatkan tindakan Azeez itu sekadar mencari publisiti murahan, sama seperti dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini.

"Azeez datang kepada saya mengatakan dia dipukul oleh 8 orang pemuda PAS dalam wajah yang senyum, tiada kesan pukul, bajunya puteh bersih waktu menunggu pengumuman SPR.

"Inilah kerja provokasi jahat Azeez, menggunakan media. Sepatutnya pemimpin muda perlu membawa isu yang lebih integriti, bukannya berbohong sana-sini," tegasnya lagi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian melahirkan keraguan demikian kerana beliau sendiri sempat bersemuka dengan Azeez di perkarangan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Tambahnya lagi, Azeez tidak seperti seorang yang dipukul, jika dilihat sendiri pada keratan sebuah akhbar harian semalam.

Januari lepas, Azeez dilaporkan menuduh penyokong PAS cuba mengkasarinya dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Padahal, Azeez selaku salah seorang ejen yang membawa pengundi hantu di sana sebenarnya cuba meloloskan diri, apabila petugas-petugas PAS mula memburunya.

Salahuddin juga menyifatkan Azeez mempunyai niat yang sama, seperti di Kuala Terengganu dahulu.

Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan tersebut, Salahuddin berkata, PAS dan Pakatan tidak ada masa melayan politik kebudak-budakan Ketua Putera Umno Malaysia itu.

Tindakan Azeez itu memperlihatkan Umno sedang mencari rentak isu membenamkan kempen bersih Pakatan.

Sedangkan, khalayak mula mempersoal integriti Umno serta calonnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dipalit beberapa tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. _
HarakahDaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)