.

Friday 9 October 2009

"AKADEMI FANTASIA DI BAGAN PINANG" - Nobisha | Nizar News

Oleh : NOBISHA

Ahli Parlimen dan ADUN ialah jawatan awam. Mereka diberikan amanah melalui proses pilihanraya untuk membuat keputusan dalam soal-soal yang melibatkan kepentingan awam, meliputi aspek-aspek pengurusan kewangan dan dasar-dasar awam. Atas asas inilah maka rakyat berhak untuk menilai sesiapa juga calon yang menawarkan diri untuk memegang jawatan awam.

Saya mengikuti perbahasan di banyak blog, sama ada blog penyokong kedua-dua parti yang bertanding di Bagan Pinang; tak banyak maklumat yang saya perolehi mengenai pendirian kedua-dua calon itu sama ada dalam isu-isu nasional, negeri atau tempatan. Saya tidak mengatakan mereka tidak bercakap isu-isu itu. Apa yang saya sebutkan ialah saya tak dapati perbincangan mengenainya dalam blog yang dikendalikan oleh penyokong kedua-dua parti politik yang bertanding. Ada, tetapi tidak mendalam.

Apa yang banyak saya lihat ialah serangan kepada calon atau parti lawan. Nampaknya kita bukan sedang memilih siapakah calon yang terbaik; sebaliknya kita mencari siapakah calon untuk disingkirkan.

W.C. Fields, pelakon komedi di Amerika Syarikat berkata, "Hell, I never vote for anybody, I always vote against!"

Kalau begitu, pilihanraya kita tak ubah seperti Akademi Fantasia!

Sumber : Nobisha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist