.

Wednesday 23 September 2009

SIJIL LAHIR UNTUK PTI, APA AGENDA TERSEMBUNYI BN? | Nizar News

Oleh: MUTALIB M.D

MODUS Operandi pengeluaran kad pengenalan biru kepada warga asing telah terbongkar berikutan penahanan lebih 15 Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara sekitar 1995, kononnya melalui kaedah Sijil Akuan sebagaimana yang tercatat di belakang Kad Pengenalan biru mereka.

Namun, pendedahan yang dibuat oleh seorang Pegawai JPN yang juga mantan tahanan ISA, Yakub Damsah dan Setiausaha Task Force UMNO Sabah, Jabarkhan Napi @ Yasser Arafat, mereka tidak menggunakan sebarang surat akuan atau apa-apa dokumen ketika ‘diarah’ memproses kad pengenalan berkenaan, sebagaimana yang didedahkan di dalam buku ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’.

Pendedahan Datuk Kong Hong Ming baru-baru ini berhubung ‘Operasi Terbaru’ di Kampung Kalabakan Tengah, Tawau bagaikan mencurah minyak ke dalam api kerana ramai pihak melenting termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, ahli politik UMNO, parti komponen dan sebagainya.

Mereka mendakwa Kong hanya mencari publisiti murahan dan meminta Kong mengemukakan bukti jika dakwaannya benar, bagaikan kes liwat Mohd Shaiful Bukhari yang diminta tunjukkan bukti yang hanya diketahui oleh pelakunya sahaja kerana pemeriksaan doktor tidak menemui sebarang kesan yang boleh disabitkan dengan perbuatan meliwat.

Sehubungan itu, pendedahan terbaru yang dibuat oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan begitu mengejutkan kerana ‘Warga Asing’ bukan sahaja diberikan Kad Pengenalan melalui ‘Ops Gembleng’ pada 1991-1993, malah diberikan Sijil Lahir daftar lewat seolah-olah mereka dilahirkan di Sabah bagi ‘menutup’ dakwaan pemberian kad pengenalan biru kepada PTI melalui Sijil Akuan yang dipalsukan. Selanjutnya Klik Sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist