.

Sunday 13 September 2009

Petikan dari 2 bloger: NIZAR LAWAN ZAMBRY: BENCI SAMY ATAU BENCI BN? | AYOYO...SATU SUDAH MENANG

AYOYO...SATU SUDAH MENANG

Petikan daripada blog Pro Umno


Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN. (Malaysiakini)

DES : Susah betul kalau ada orang yang masih tidak mahu mengaku kesalahan dan kelemahan dalam diri sendiri...

...................................................................
NIZAR LAWAN ZAMBRY: BENCI SAMY ATAU BENCI BN?

Petikan daripada blog pro PR

Ramai pimpinan be END yang kata kaum India menyampah dengan Samy Vellu dan kerana itu Samy patut berundur dari menerajui MIC,tetapi Samy pula kata kaum India menyampah dengan be END kerana tindak tanduk sesetengah pimpinan be END yang melampau.

Tuduh menuduh berlaku,masing-masing menyalahkan antara satu sama lain.

Bagi aku,dua-dua pun sama je,kaum india menyampah dengan be END dan kaum India juga menyampah dengan Samy.

Kaum India menyampah dengan Samy kerana sikap Samy yang bersikap kuku besi dan berada ditahta MIC terlalu lama dan mementingkan kroni serta menentukan orang-orang pilihannya sahaja yang bakal mewarisi kerusi presiden MIC.

Kaum India juga menyampah dengan be END yang mereka rasakan gagal untuk membela nasib kaum tersebut.

Jadi 2 X 5 dan 5 X 2 sahaja antara Samy Vellu dan be END,sebab itu kaum India beralih menyokong Pakatan Rakyat yng mereka yakin akan lebih adil didalam membela rakyat.

Rata-rata kita melihat be END berperang dan berkelahi sesama sendiri.Mereka gagal menyelesaikan kemelut dalaman UM-no,mereka gagal menyelesaikan masalah dalaman PPP,mereka gagal menangani krisis didalam MCA,mereka gagal membantu Gerakan dan mereka juga gagal menyelesaikan masalah dalaman MIC.

Mereka cuba menutup kekalutan yang berlaku didalam be END dengan mengatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah pakatan rapuh.Tektik 'pecah dan takluk' yang cuba mereka gunakan kepada Pakatan rakyat ternyata telah memakan diri mereka sendiri,sehingga rata-rata masalah dalaman dalam parti komponen be END gagal ditangani oleh mereka.

Mampus UM-no!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hancur be END!!!!!!!!!!!!!!!1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist