.

Friday 4 September 2009

Muhyidin saksikan sendiri kemelut Umno Terengganu : Nizar | News

KUALA BERANG, 4 Sept: Selepas kecoh dalam media tentang krisis besar dalam Umno Terengganu, petang semalam ia dibuktikan di depan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Hanya segelintir penyokong tegar Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said sahaja yang hadir ke majlis pertemuan pimpinan Umno dengan Timbalan Perdana Menteri itu.

Sebahagian besar Adun tidak hadir termasuk Adun yang tinggal di kawasan Hulu Terengganu sendiri. Datuk Rosol Wahid (Ajil) dan Mohd Zawawi Ismail (Kuala Brang) tidak hadir ke majlis itu.

Yang kelihatan di majlis itu hanyalah empat dari 10 anggota exco kerajaan negeri manakala Adun pula hanya seorang sahaja yang kelihatan.

Exco yang hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Adun Seberang Takir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Yahaya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan).

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Zaabar Mohd Adib (Rantau Abang) dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Rozi Mamat (Telemong).

Hanya Adun Air Puteh, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar sahaja Adun yang hadir ke majlis Timbalan Perdana Menteri itu.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Yang Dipertua Dun yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan bekas Setiausaha Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosli Mat Hassan

Selanjutnya klik : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022368&Itemid=85
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist