.

Sunday 30 August 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52

Tepat jam 12 malam ini, malaysia akan merayakan sambutan hari kemerdekaan yang ke-52 yang akan disambut dengan pembaziran pembakaran mercun insya’allah, ada konsert sekali ke? Wallahu a’lam, mungkin tiada.. hormat bulan Ramadhan atau takut selsema babi?

Penambahan usia negara malaysia ini patutnya tidak melupakan kita kepada jasa para pejuang dahulu yang bertungkus-lumus untuk memerdekakan tanah air ini daripada belenggu penjajah

genap 52 tahun merdeka kita sekali lagi berada di persimpangan. Kita melihat perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi kenegaraan dijadikan alat penguasa.. Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia membuat pilihan untuk menemukan kembali erti kemerdekaan negara ini.. Menjadi tanggungjawab kita sekarang untuk memastikan demokrasi bernafas semula di negara ini, keluhuran perlembagaan kembali dijunjung dan kedaulatan undang-undang terbina kukuh..

Allah swt telah menetapkan beberapa prinsip yang menjadi landasan yang wajib ditaati oleh hamba ciptaanNya secara menyeluruh. Prinsip ini terkandung dalam surah an Nisa ayat ke 58-59:

“Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat . Wahai orang-orang yamng beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya.”

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-52

Suntingan dari http://www.ahmadsabri.net/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist