Oleh : MUTALIB M.D
TINDAKAN lambat pihak keselamatan termasuk Menteri Dalam Negeri
menyebabkan 30 penduduk Tanjung Labian dan Tanjung Batu ditawan 50
militan Filipina yang bersenjata berat di sebuah rumah di Kampung
Tanjung Batu.
Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul yang menghubungi
Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan anaknya, Rudy, merupakan salah
seorang penduduk yang ditawan.
"Semalam kita sudah sampaikan aduan kepada pegawai kanan polis dan pihak
atasan polis, tetapi sepanjang malam penduduk yang ketakutan tidakpun
melihat seorang polis yang datang sehinggalah mereka ditawan sekitar jam
9 pagi tadi," kata Kunsul dengan nada kesal.
Tegas Kunsul, sewajarnya tugas memburu serpihan militan yang digempur di
Kampung Tanduo baru-baru ini diserahkan kepada Tentera kerana mereka
lebih berpengalaman dalam bidang militan, gerila dan taktikal.
"Penduduk Labian kini terancam kepada serangan lanun kerana PDRM gagal
memastikan 13 kampung tradisi di Zon Labian selamat daripada serangan
lanun dan militan. Kami tidak yakin kepada pasukan keselamatan setelah
insiden yang berlaku di Tanduo dan kini merebak ke Tanjung Batu, Pasusul
dan Labian," kata Kunsul yang kesal kerana PDRM tidak sensitif terhadap
perasaan dan trauma penduduk kampung.
Sebagai petani dan nelayan biasa, kata Kunsul, penduduk tidak mempunyai
kekuatan untuk menumpaskan 50 militan bersenjata berat, apatah lagi
menangkis serangan lanun yang mendarat setiap minggu di Tg Labian dan
sekitarnya terutama Tanduo.
Dalam pada itu, lima limit lalu, seorang mangsa, Rudy Kunsul, yang
berjaya melepaskan diri daripada tawanan militan berkenaan kini berada
di Pejabat Komtek PGA Sahabat 16 untuk membuat laporan dan sedang disoal
siasat.
Sabahkini.net berjaya menghubungi Rudy melalui telefon dan dapat
menemuramah Rudy yang masih dalam nada cemas setelah berjaya melarikan
diri dan menumpang kenderaan ke Bandar Sahabat.
"Saya ditawan selama 45 minit dan ketakutan. Tetapi demi menyelamatkan
nyawa, ketika militan leka, saya bersama dua rakan saya menyisip keluar
daripada rumah Pak Amil, tempat kami dikumpulkan," kata Rudy yang
ditawan militan berkenaan ketika sedang meninjau kampung sekitar sekitar
jam 9 pagi tadi,
Menurut Rudy, beliau dan rakannya, Ismail Mahmud dan Fred terpaksa
menggadai nyawa demi untuk menyelamatkan nyawa 30 penduduk kampung
termasuk lima wanita yang masih ditawan pihak militan.
"Saya lihat mereka (militan) menggunakan senjata berat seperti M16,
Carbine, Armalite, Garrant dan sebagainya. Sayapun tidak berapa kenal
senjata lain. 60 peratus daripada militan berkenaan bersenjata," ujar
Rudy sebelum meminta diri kerana tiba gilirannya untuk disoal siasat. - SABAHKINI
Tanggungjawab mempertahankan negara terletak pada bahu semua rakyat. Cuma cara rakyat mempertahankan mengikut keupayaan dan skill masing-masing.
ReplyDeletePointing finger sudah tentu bukan salah satu cara mempertahankan negara !
BErtaubatlah sesungguhnya Allah maha melihat dan mendengar.
anon 4 March 2013 18:58..kau nie dari kaum qadariah ker.....
ReplyDeletedia serpihan kaum luth
DeleteNi cerita suka buat huru hara je ni.
ReplyDeleteIni cerita benar atau skrip? Aku hrp xde cerita palsu tersebar. Kita mengharap penyelesaian segera. Ad sense tu bg sikit aje duit tp klu palsu byk sakitnya nanti.
ReplyDeleteAnyway yakini kemampuan pihak keselamatan samada PDRM OR ATM, jgn pressure pulak.... Hantar team tak tentu hala masuk perangkap pulak. So fahami situation mereka pulak. Klu nk segera apa kata anda sendiri kesana......
Sultan Sulu ada banyak, Sultan Sulu sebenar, Sultan Sulu yang angkat diri sendiri, Sultan Sulu yang sebenar tapi jenis low-profile, Sultan Sulu yang jenis tak gila kuasa, Sultan Sulu yang berketurunan Sultan tapi mengaku Sultan, Sultan Sulu yang berbulu dan berbagai-bagai lagi. Lihatlah sini ye
ReplyDeleteGuna akal bila berbicara
ReplyDeleteGuna akal bila berbicara
ReplyDeletecurry 7 sour patch
ReplyDeletejordan shoes
bape clothing
off white shoes
supreme hoodie
bape
stone island
yeezy boost 350
golden goose sale
goyard handbags
go Dolabuy Dior Extra resources Dolabuy Goyard he has a good point dolabuy gucci
ReplyDelete