PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa
kerajaan Umno dan BN bertindak menjadikan rakyat seumpama haiwan apabila
terpaksa menaburkan duit untuk hadir pada majlis mereka.
Menurutnya, seharusnya sebagai pemimpin negara mereka perlu diberikan ilmu dan bukannya wang ringgit atau kebendaan.
Beliau
berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis amanat Menteri
Besar Kelantan bersama warga Yik, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan
(Putik), di sini tengahari ini.
“Media nak ubah kenyataan sebenar
saya, ubahlah tetapi ingat mereka akan berhadapan dengan dosa, tetapi
kerana tidak memahami maksud sebenar, kenapa menjadi wartawan.
“Untuk
menjadi seorang wartawan, bukan putar belit cerita, sebaliknya kena
cerdik, faham apa saja yang dimaksudkan penyampai berhubung sesuatu
perkara,”ujarnya.
Menurutnya, Umno dan BN guna duit untuk tabur
pada rakyat dalam apa juga sekalipun termasuk BR1M, seumpama memanggil
manusia seperti haiwan.
“Hey itik marilah aku nak berceramah
agama, mana itik nak mari (datang), jadi kena bagi hampas kelapa, baru
dia datang. Kena bagi padi, nak suruh ayam, itik datang.
“Hey lembu aku nak ceramah, lembu tak akan datang sekiranya tidak diberikan rumput padanya,”ujarnya.
Jadi,
sekiranya kita memanggil manusia dengan memberikan kebendaan (wang)
juga, ertinya kita meletakkan manusia setaraf haiwan.
Menurutnya, perjuangan Umno silapnya di sini kerana tidak memberikan ilmu agama pada rakyat, sebaliknya kebendaan semata-mata.
“Nak bagi macamana sebab perjuangannya tolak Islam, dalam kebangsaan mana ada Islam,”ujarnya.
Tuan Guru bagaimanapun berkeyakinan rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia akan menolak perjuangan yang ‘menjual’ kebendaan.
Beliau
turut mengambil contoh bagaimana negara maju barat khususnya Amerika
yang membenarkan berkahwin sesama sejenis yang diharamkan oleh Islam.
Tegasnya, tindakan itu bukan sahaja akan memupuskan pertambahan manusia, sebaliknya amalan lebih teruk dari haiwan.
“Haiwan
contohnya lembu akan cari pasangannya lembu betina, dia tak cari lembu
jantan, bodoh lembupun tahu keperluan sebenar,”ujarnya.
Apa yang berlaku itu, tegasnya kerana menolak landasan Islam sebaliknya memilih kehidupan mengikut nafsu sendiri.
Berhubung calon, beliau mengakui telah banyak pencalonan yang selesai walaupun belum siap sepenuhnya.
Tuan Guru yang juga Menteri Besar juga enggan mengulas bila ditanya berhubung muka-muka baru yang bakal diketengahkan.
“Tunggu dihari pengumuman atau di hari penamaan calon,”ujarnya sambil ketawa kecil./~harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
Lelaki meninggal dunia dalam rumah berkunci6 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-