.

Monday, 30 July 2012

Abby Abadi Jadi Mangsa Politik?

Pelakon yang juga penyanyi, Abby Abadi memberitahu di laman sosial Twitter miliknya, mengatakan bahawa kontraknya sebagai duta sebuah syarikat tudung, telah ditamatkan serta merta oleh kerana pembabitannya dalam Parti PAS.
“4 Julai 2012 – Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.
“Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat,” tulisnya di laman Twitter pagi tadi.
Kami sendiri tidak faham mengapa perkara ini boleh berlaku.Adakah hanya semata-mata politik, perkara yang remeh ini juga boleh dipersebarkan sehingga membawa kepada penamatan kontrak?
“Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja,” katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.
“Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS,” kata Abby Abadi
Jelasnya, tindakannya menyertai PAS bukanlah kerana isu politik, tetapi kerana terpikat dengan PAS yang memperjuangkan isu agama dan Islam di Malaysia. Namun, sekali lagi kami tidak hairan.Sebelum itu, Bob Lokman juga telah menyertai PAS. Dan ada juga artis-artis lain seperti Afdlin Shauki, AC Mizal yang menyertai UMNO. Tidak perlu timbul isu begini.


“Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama.” kata Abby Abadi ringkas.
Sesiapapun mempunyai hak untuk memilih parti politik yang ingin disertai.Minda orang kita masih lagi ditakuk lama.Kawan dan kaya kerana berpartian.Sudah tidak timbul lagi semangat untuk membangunkan rakyat secara amnya.Apa pendapat anda pula mengenai isu ini?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist