Seorang lelaki sasa yang diidentifikasi sebagai Areen al-Assad anggota kumpulan keluarga pemerintah -bergaya di hadapan kamera.
Kumpulan shabiha pada mulanya awalnya adalah sekelompok pemeras ugut dan
penyeludup. Tapi kini, mereka menjadi pasukan paling taat rejim Assad,
mereka kini lebih dahagakan darah, menurut Harriet Alexander dan Ruth
Sherlock yang diterbitkan oleh
Telegraph.
Pintu klinik Dr. Mousab Azzawi di pantai Mediterania Syiria, sentiasa
terbuka bagi sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Malangnya ia
beroperasi di pusat tentera shabiha yang paling digeruni, beberapa
pesakitnya lebih suka untuk tidak menerima rawatannya.
"Mereka umpama gergasi," ujar Dr. Azzawi yang bekerja di Latakia.
"Mereka
memiliki otot yang sasa, perut yang besar, janggot yang lebat dan
mereka semua memiliki tubuh yang sangat tinggi dan menakutkan."
"Saya harus bercakap dengan mereka seperti kanak-kanak, kerana
shabiha menyukai orang yang memiliki tahap kecerdasan yang rendah. Tapi
itulah yang membuatkan mereka begitu mengerikan - gabungan kekuatan
keganasan dan kesetiaan membuta tuli terhadap rejim."
Saat presiden Bashar al-Assad meneruskan perang sivil secara rambang,
shabiha yang sememangnya ganas, berada di dalam dunia gelap kini telah
keluar ke tempat terbuka.
9 hari lalu, 108 orang (termasuk kanak-kanak dan kaum perempuan) dibunuh
oleh shabiha di kota Houla. Tentera pro-Assad ini memasuki kampung dan
ke rumah-rumah, mengelar leher sesiapa yang mereka temui termasuk 49
orang kanak-kanak. Seminggu kemudian, shabiha menarik 12 pekerja kilang
dari sebuah bas di kota Qusayr, sekitar 40 batu di bahagian selatan,
mengikat tangan mereka ke belakang dan menembak kepala mereka.
"Ini anak saya, ini anak saya." ujar seorang lelaki tua di dalam
sebuah video di dalam YouTube, saat ia menarik jenazah anaknya yang
berbaring menghadap ke atas dengan kemeja birunya yang dipenuhi darah.
Dunia baru sahaja mengetahui betapa shabiha sangat dahagakan darah.
Tetapi di Syiria, keganasan mereka yang mengerikan telah lama diketahui.
"Malah sebelum revolusi, setiap kali ada kerusuhan, mereka akan turun ke jalan dan menghentikannya untuk pemerintah,"
ujar Selma yang berasal dari keluarga Alawiyah, sebuah kelompok Syi'ah
di mana keluarga Assad dilahirkan dan hampir semua yang berada di sana
adalah shabiha. Sepupunya juga shabiha.
"Mereka mematahkan lengan dan kaki orang. Mereka berperang untuk
Bashar sampai mati. Itu biasa, mereka harus membela kelompok mereka," ungkapnya.
Sepupu-sepupunya juga berpakaian awam, jelasnya. Maka televisyen akan
dapat mengatakan bahawa mereka ini hanyalah orang awam yang mencintai
Bashar.
Bagaimanapun sesiapa yang terselamat dari pembunuhan di Houla tahu
bahawa mereka adalah shabiha dan bukannya tentera, kerana orang-orang
itu mengenakan kasut sukan putih dan bukannya but hitam tentera.
Pembunuhan di kedua-dua belah pihak meningkat, pasukan pro-rejim dan
pejuang pembangkang saling tuduh menuduh melakukan serangan. Tapi
sebenarnya adalah shabiha, yang bermaksud hantu di dalam bahasa Arab,
yang mendalangi keganasan paling mengerikan ini.
Presiden Assad dan ayahnya, Hafez, menggunakan shabiha untuk memaksa
rakyat Syiria sentiasa taat, mereka mencuci otak tentera mereka sehingga
mereka menyatakan bahawa Sunni adalah musuh mereka.
Alawiyah adalah cabang Syi'ah yang terpisah pada abad kesembilan,
percaya bahwa solat dan puasa tidak perlu. Mereka menambahkan
kepercayaan mistik dalam keyakinan mereka dan beberapa ulama mengatakan
Alawiyah telah memasukkan unsur-unsur agama kristian di dalam
kepercayaan mereka.
Mereka menjadi kumpulan paling kuat secara politik di Syiria, dan
sebahagian besar perisik negara dan perwira tentera menganut aliran ini.
Awalnya, menurut Selma, shabiha adalah kumpulan mafia, mendapat wang
melalui peras ugut dan penyeludupan. Selma mengatakan sepupunya kaya
raya melalui penyeludupan diesel, susu dan alatan elektronik.
"Apa sahaja yang lebih murah di Syiria dibawa ke Lubnan dan apa sahaja yang diperlukan di Syiria didatangkan dari Lubnan," ujar Selma.
Keluarga penguasa Assad menutup mata terhadap perilaku jenayah dan
kekerasan mereka. Sebagai ganjarannya, shabiha menjadi pembela yang
paling setia kepada Assad.
"Mereka didorong oleh keyakinan bahawa mereka berperang untuk kelangsungan hidup mereka," ujar Dr. Azzawi.
"Assad
mengatakan kepada mereka, mereka harus membela pemerintah atau mereka
akan dihancurkan, anda perlu membunuh atau anda akan dibunuh."
Dr. Azzawi yang kini mengendalikan Jaringan Syiria untuk Hak Asasi Manusia di London, menunjukkan sebuah video shabiha.
Seorang lelaki sasa yang diidentifikasi sebagai Areen al-Assad anggota
kumpulan keluarga pemerintah -bergaya di hadapan kamera dengan
senjatanya, terseringai di dalam kenderaannya dan memperlihatkan
otot-ototnya. Ia juga memiliki tatoo wajah Assad di lengannya.
Di akhir video, shabiha ini berkata :
"Bashar, jangan sedih, Anda memiliki lelaki yang meminum darah."
"Ini adalah moto mereka," jelas Dr. Azzawi.
"Mereka diperlakukan seperti binatang, dan dimanipulasi oleh bos mereka untuk melaksanakan pembunuhan tidak terkawal."
Hamza al-Buweida, seorang aktivis Sunni dari wilayah Qusayr, mengatakan kepada
Telegraph bagaimana mengerikan ketika sahabat baiknya ketika kecil berjaya ditarik menjadi anggota shabiha.
"Malah ketika kami di universiti, ia melihat Bashar seperti adalah
Allah. Tidak seorang pun diizinkan untuk mengatakan sesuatu yang buruk
tentangnya."
"Ada sesuatu dalam agama mereka yang menggerakkan mereka. Dan media pemerintah menakuti mereka bahawa 'teroris' akan membunuh mereka jika Bashar jatuh dari kekuasaan," tambahnya.
"Pihak tentera memberi kawan saya pistol, ia mula menggunakannya untuk menembak orang-orang ketika demonstrasi."
Tidak jelas bagaimana para lelaki ini dibayar, meskipun banyak yang
mendakwa shabiha didanai oleh usahawan yang terikat dengan Alawiyah yang
mendominasi pemerintahan.
Apa yang diketahui adalah shabiha juga memiliki motif ekonomi yang kuat
untuk membela rejim. Mereka mampu mendapat sehingga 120 euro sehari./~
pulakdah
Kalau Kumpulan Shabiha ni mai Malaysia, baru depa jumpa buka dengan ruas. Kat Malaysia ada Perkasa tau. Depa tengok Perkasa aja...dah lari lintang pukang. Tu baru tengok Perkasa. Kalau tengok Tok Ketua Perkasa... mati tang tu jugak! Mai lah mengamuk di Malaysia kalau berani.
ReplyDeleteha...ha...ha... Haram Jadah punya Shabiha. Tapi jangan mai lagi sebab geng Perkasa sedang mengadakan Tarian Bontot bersama Tok Ketua tarian Bontot. I'm sorriieee!!