KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menyifatkan tindakan yang dilakukan sekumpulan penyokong proUmno di
pekarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kelmarin hanya akan
menyebabkan riwayat Umno berakhir.
“Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno
ingin mengakhiri hayat mereka,” kata Nik Aziz yang dipetik menerusi
facebooknya, semalam.
Kelmarin, seramai 400 ahli badan bukan kerajaan (NGO) menyertai
demonstrasi sukarelawan 'Tukar Acu Test Sepenggal' atas dasar protes
terhadap projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) di
bawah Kerajaan Negeri yang menggunakan wang rakyat.
“Janji Pas untuk membina lebuh raya terbabit memang disambut baik,
namun kami memprotes tindakan Kerajaan Negeri yang menggunakan wang
rakyat untuk projek itu,” kata Pengerusi sukarelawan, Kamarudin Mohd
Kasim ketika ditemui, kelmarin.
Dalam demonstrasi itu juga, mereka turut menyerahkan memorandum kepada
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang berjanji akan
menyuarakan pandangan tersebut kepada Nik Aziz untuk tindakan lanjut.
Mursyidul Am Pas itu juga mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah
‘najis’ di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya,
tindakan mengadakan demonstrasi berkenaan hanya akan menjatuhkan maruah
bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.
“Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka
akan mendapat sokongan, teruskanlah. Percayalah, Umno sendiri akan malu
dengan perbuatan itu satu hari nanti," kata Nik Aziz./~SH
Pendatang jadi 'majikan' di Jalan Petaling kena tahan
4 minutes ago
LEMBU-LEMBU & TENUK-TENUK UMNO-APCO NI BUTA PERUT,BUTA MATA & BUTA HATI ! SELAMA INI DUIT BUAT PROJEK KERAJAAN DUIT SAPA ? GAJI MENTERI-MENTERI & SEMUA BELANJAWAN NEGARA ADALAH DUIT PEMBAYAR CUKAI BANGANG WOI ! ABU SAHAJA PENYELAMAT MALYSIA DARI SPESIS TANPA AKAL INI!
ReplyDelete