Serangan spyware dari Israel itu dilapor menyasarkan pengguna telefon bimbit Android dan juga iPhone.
WHATSAPP menggesa 1.5 bilion penggunanya untuk menaik taraf aplikasi itu selepas mengesan kelemahan pada sistem keselamatan.
Serangan spyware dari Israel itu dilapor menyasarkan pengguna telefon bimbit Android dan juga iPhone.
Dalam kenyataan syarikat itu pada Isnin, aplikasi tersebut dikesan mempunyai kelemahan yang membolehkan penggodam memuat naik kod berbahaya pada peranti pengguna.
Penggodam kemudian akan menelefon peranti dan menghantar kod yang kemudiannya akan dipasang walaupun pengguna tidak menjawab panggilan.
WhatsApp telah mengeluarkan security fix pada Isnin susulan kebimbangan. /astr