Sunday, 24 March 2019

Nurul Izzah kongsi sebab 'patah hati'


Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengaku "patah hati" dengan perkembangan politik kebelakangan ini.

Dalam wawancara Straits Times, Nurul Izzah juga memberi gambaran bahawa penggal ini akan menjadi yang terakhir baginya sebagai wakil rakyat.

Memberi gambaran tentang perkembangan politik dalam tempoh setahun lalu, anak perempuan Presiden PKR Anwar Ibrahim itu berkata: "Sangat mencabar dan huru-hara. Saya belajar banyak perkara, tapi saya juga rasa saya sudah seperti patah hati."

Wawancara itu menggambarkan Nurul Izzah sebagai keberatan menyatakan secara spesifik sebab patah hati kerana mahu terus memberi "hormat" dan tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, Nurul Izzah menyebutkan beberapa perkara yang mengecewakannya.

Salah satunya, Nurul Izzah mengakui penyertaan bekas ahli parlimen Umno dalam parti komponen PH merupakan perkara yang mengecewakannya.

Sumber : malaysiakini

1 comment:

  1. Sebelum pru14 pakatan harapan telah membersihkan Dr Mahathir dan Mahathir menjadi orang yang bersih dimasa itu semua bersorak riuh gempa dewan dan majlis majlis reformasi Mahathir diraikan bagai pahlawan kitol bagaikan kitol dimasyhurkan semula kini selepas pr14 setelah mendakap kejayaan berpatah arang la pula lalu melatah latah ini sebab apa terjadi sebab lembab membara politics lembab membaca politics Mahathir lembab membaca proxy mahadhir lembab membaca politics mukriz lembab mengagas apa itu keutmaan dlm parti dan apa yg diperjuangakan oleh pkr melebihi 2dekat hancur begitu sahaja penyokong juga hilang dan nurul izzah perlunya memikul tangung jawab penuh diatas kesilapan kesilapan yg berlaku do you understood dan jangan membawa penyokong ke satu kancah yg tidak ada hala tuju better you understood kini pkr menempuhi satu titik politics yg membosankan.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG