Tuesday, 5 June 2018

Skandal terbaharu RM9.4 bil, Guan Eng minta Najib beri penjelasan

Menteri Kewangan Lim Guan Eng meminta Datuk Seri Najib Razak menerangkan mengapa beliau membenarkan transaksi melibatkan SSER.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng meminta Datuk Seri Najib Razak menerangkan mengapa beliau membenarkan transaksi melibatkan Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER).

Beliau juga meminta bekas pengerusi SSER yang juga bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk mengakui bahawa beliau menandatangani perjanjian yang terlampau berat sebelah dan menggugat kepentingan rakyat dan kerajaan.

Guan Eng merujuk kepada skandal RM9.4 bilion yang melibatkan projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP).

Kedua-dua projek ini mendapat perhatian Kementerian Kewangan selepas pihak kementerian mengetahui bahawa pihak SSER sudah membayar 88 peratus daripada nilai projek atau RM8.3 bilion, walaupun hanya 13 peratus kerja sahaja sudah dilakukan oleh kontraktor China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB).

Projek MPP melibatkan pembinaan 600km talian paip petroleum pelbagai produk yang menghubungkan Jitra dengan Melaka dan Port Dickson dianggarkan bernilai RM5.35 bilion.

Projek TSGP pula melibatkan pembinaan 662km talian paip gas yang menghubungkan Terminal Gas Kimanis dengan Sandakan dan Tawau. Kos projek dianggarkan bernilai RM4.06 bilion.*

Daripada jumlah ini, RM2.14 bilion dibayar di dalam ringgit manakala yang lain dibayar di dalam matawang negara China CNY3.08 bilion.

Kontrak bagi kedua-dua projek ini yang bernilai RM9.41 bilion telah diberikan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) pada 1 November 2016.

Perjanjian-perjanjian yang berkaitan telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Penbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar, yang juga Pengerusi SSER. Beliau telah meletakkan jawatan pada 23 Mei 2018.

SSER telah mendapatkan pinjaman daripada China EXIM Bank yang bersamaan dengan 85% daripada nilai projek seperti yang ditetapkan pada 22 Mac 2017. Mengikut rancangan syarikat, baki 15% akan dibiayai melalui terbitan sukuk.

Kedua-dua pinjaman dan sukuk ini dijamin oleh kerajaan persekutuan Malaysia. Semasa satu taklimat bertarikh 28 Mei 2018, SSER telah melaporkan kepada pegawai-pegawai Penbendaharaan yang projek-projek sudah bermula pada bulan April 2017, dan ia akan memakan masa tiga tahun untuk siap.
/ malaysiakini

7 comments:

  1. DamQQ - Agen Poker Online
    Daftar Sekarang GRATIS!!!
    Daftar DamQQ
    Minimal Deposit Rp. 10rb
    Bonus Turnover 0.5% Dibagikan Setiap Hari

    Tersedia Permainan 8 Permainan Dalam 1 User ID
    Poker Online | Sakong Online | BandarQ | AduQ | Domino 99 | Capsa Susun | Bandar Poker | Bandar 66

    Kontak :
    BBM : Damkiukiu
    WA : +85516776417
    LINE : damqqpoker

    ReplyDelete
  2. Dewancash - Agen Bola Terbaik Dan Terpercaya
    Daftar Sekarang GRATIS!!!
    Daftar Dewancash
    Minimal Deposit Rp. 10rb
    Bonus Cashback 5%
    Bonus Turnover 1%

    Tersedia Permainan
    Sportbook (AFB, SBOBET, IBC) | Live Casino (9 Server) | Sabung Ayam | Togel Online | Forex | Slot Online | Poker | Dan Permainan Lainnya.

    Kontak :
    BBM : D8DE6D50
    WA : +855966043742

    ReplyDelete
  3. senang ajer mereka nie...dah buat silap pastu letak jawatan..hurmm...

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist