.

Sunday 13 May 2018

Panas! : Polis serbu apartmen dikaitkan dengan keluarga Najib

Pegawai polis kanan memberitahu Reuters, ia bagi mencari dokumen kerajaan yang diambil secara tak sah dan dibimbangi akan dibawa keluar dari negara.

Polis menyerbu sebuah apartmen mewah di Kuala Lumpur hari ini, yang didiami anggota keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi mencari dokumen sensitif yang dibimbangi kerajaan akan dibawa keluar dari negara, kata dua pegawai polis kanan.

Serbuan itu selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau telah menghalang Najib keluar daripada negara kerana dakwaan salah laku berhubung skandal 1MDB.

Polis berkata mereka bertindak selepas satu laporan mendakwa kenderaan kerajaan membawa berdozen kotak berisi beg tangan berjenama dan barangan lain ke apartmen itu untuk diberikan kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rasa tidak puas hati orang ramai terhadap dakwaan korupsi itu dilihat sebagai antara punca kekalahan mengejut Barisan Nasional - yang sekian lama memerintah - pada pilihan raya umum Rabu lalu. / malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist