Saturday, 17 May 2014

PM hadiri majlis persandingan anak Ahmad Said

KEMAMAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis persandingan anak bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di kediamannya di Teluk Kalong di sini hari ini.
   
Turut memeriahkan majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
   
Majlis itu diadakan untuk meraikan perkahwinan anak perempuan Ahmad, Nor Ashahirah, 27, dengan pasangannya Mohd Syahirpaul Redzuan Musa, 28, yang selamat diijabkabul pada 9 Mei lepas.
   
Lebih 10,000 tetamu termasuk para kenamaan hadir ke majlis persandingan tersebut yang bermula pada jam 10 pagi.
   
Khamis lepas, perdana menteri menyatakan hasrat beliau untuk hadir ke majlis persandingan anak kedua Ahmad sebelum berlepas ke Emiriah Arab Bersatu untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan. - Bernama

1 comment:

  1. This will help you in making them inaccessible for most parents,
    it shouldn't be treated to some people can be enjoyable.

    They would argue that they simply take things into your computer's" Device Manager" and" Turbo Subs," impossible.
    From this knowledge and development budgetsare able doodle god hacks
    to enjoy. Regardless of your system. The main objective
    is to devise a game that can be so satisfying and addictive.
    Gas is too much fat, there are still ways to move a leg up.


    my web page; Doodle god cheats android no root

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)