Selepas 10 minit Backer yang dihalang oleh sekumpulan pengawal keselamatan DUN kemudiannya 'melanggar' kereta Mercedes Lim dan terus terbaring di atas jalan raya.
Hal ini menyebabkan kesesakan di Lebuh Light, di hadapan DUN.
Lim, pemandu dan pembantu peribadi beliau terus beredar tanpa turun dari kereta itu.
Abu Backer kemudian mendakwa dilanggar dan mengadu sakit di bahagian rusuk kanannya.
Ambulans tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.
Pembantu beliau memberitahuMalaysiakini beliau akan membuat laporan polis berkenaan perkara ini.
Sebelum ini Abu Backer mendakwa Guan Eng enggan bertemu beliau walaupun beliau mencuba setiap hari sejak minggu lalu.
Beliau turut meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lawan beliau calon DAP Ramkarpal Singh dapat masuk ke DUN sedangkan beliau hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN.
"Tidak adil. Saya tak puas hati. Kenapa Ram boleh masuk dan saya tak?
"DAP kata mereka kerajaan berkebajikan. Saya calon. Kenapa susah sangat nak berjumpa ketua menteri saya?" kata beliau sebelum menahan kereta Lim./malaysiakini