.

Tuesday 13 May 2014

ADUN Kuala Berang dan ADUN Pengkalan Berangan menunggu masa yang sesuai untuk keluar Umno?

ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar daripada Umno dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil bebas seperti tiga lagi wakil rakyat daripada parti itu yang berbuat demikian, lapor Bernama.

Manakala Berita Harian melaporkan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafie dan ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad turut menafikan mereka akan mengikuti jejak langkah Ahmad untuk berhenti Umno.

Rosli memberitahu Bernama melalui telefon bahawa beliau masih bersama Umno bertentangan dengan mesej yang tersebar melalui SMS selepas tiga wakil rakyat mengisytiharkan mereka keluar parti.

Antara mesej yang tersebar melalui SMS itu menyebut bahawa Rosli ialah seorang daripada tiga wakil rakyat BN dari Umno yang keluar daripada parti itu dan menyertai tiga yang lain bagi mengisytiharkan mereka sebagai wakil Bebas.

Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan awal hari ini keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Ini berikutan peletakan jawatan Ahmad sebagai menteri besar semalam dan majlis mengangkat sumpah jawatan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baru malam tadi.

Dengan pergolakan itu, BN kini mempunyai 14 kerusi DUN diikuti PAS (14), PKR (satu) dan tiga wakil Bebas.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan bekas menteri besar memberitahu Malaysiakini bahawa sekurang-kurangnya dua lagi ADUN dijangka meninggalkan Umno.

Mereka ialah ADUN Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan ADUN Pengkalan Berangan, Datuk A Latiff Awang.

Jika ia menjadi kenyataan, maka jumlah ADUN Umno yang menjadi Bebas meningkat kepada lima orang dan mengurangkan jumlah ADUN Umno di Dewan Undangan Negeri kepada 12 orang.
-malaysiakini-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist