PETALING JAYA: Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB)
dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek
kepadanya.
Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang
ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.
Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.
Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan
enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.
Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.
Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan
tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian.
Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas
hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak
RM2.2 juta.
Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan
lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.
FMT difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk
mendapatkan baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak
dapat menghubungi beliau./~FMT
Nnti den tengok pakai mangkok ayun sapo mb ni
ReplyDeleteNnti den tengok pakai mangkok ayun sapo mb ni
ReplyDeleteMB umno pastinya
ReplyDeletepakai tropong hikmat , bangsi ajaib & tikar terbang, sertakan skali tongkat, raga buloh dan 2 bute nyor yang di lambong2, grenti nmpk orangnya
ReplyDelete