Muka Samy jelas menunjukkan kesedihannya sambil berkata: "Kami sama-sama di Parlimen."
"Karpal sentiasa membangkitkan isu-isu untuk kepentingan rakyat," tambah bekas presiden MIC itu.
"Tiapa apa yang dapat saya buat kecuali menangis apabila mendapat tahu tentang kematian Karpal," katanya.
Samy dan Karpal pernah bertikam lidah semasa perbahasan di Parlimen dan beliau menyifatkan bekas pengerusi DAP itu sebagai sebagai pemimpin, seorang yang dipercayai yang melakukan kerja dengan sempurna.
Sebagai reaksi balasnya ketika itu, Karpal berkata, Samy Vellu boleh menjadi singa dan beliau sebagai harimau, tetapi Karpal berkata di Malaysia tidak ada singa.
Samy berkata walaupun Karpal berusia 74 tahun tetapi beliau bekerja seperti orang muda.
"Di Parlimen, beliau meminta maklumat dari kementerian saya dan
kadang-kadang, dia mahu maklumat lanjut. Saya akan beri kepadanya."
bersama pemimpin lain parti termasuk pengerusi Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow (kanan dalam gambar) dan setiausaha Gerakan negeri, Oh Tong Keong.
Cheah mengenali Karpal ketika beliau masih remaja pada tahun 1974, apabila beliau berkempen untuk kerusi negeri di Bandar Alor Setar dan menang.
"Ketika bertemu dengannya ketika itu, kami tahu beliau adalah seseorang yang istimewa. Beliau lebih menyerlah daripada kebanyakan rakan-rakannya, dan meninggalkan strategi yang hebat bukan sahaja dalam politik tetapi juga di bidang perundangan," kata Cheah yang merupakan bekas ADUN Derga.
Kemudian muncul Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Mereka bertemu pada tahun 1986 di Parlimen apabila kedua-duanya menjadi ahli Parlimen - Shahidan di Arau dan Karpal di Jelutong.
"Kita boleh berbeza tetapi kita boleh bersama-sama. Ini adalah contoh perpaduan dan menghormati orang lain," katanya.
"Kami berharap politik seperti ini berterusan. Karpal adalah seseorang yang berfikiran terbuka," katanya.
Turut mengunjungi Karpal hari ini termasuk jutawan Pulau Pinang yang terkenal Tan Sri Tan Kok Ping dan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia, Datuk Jerry Chan.
Organisasi yang datang dengan termasuk Aliran, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Little Sisters of the Poor ./~malaysiakini