abatan Agama Islam Johor (JAJ) dilaporkan akan
menjalankan siasatan ke atas dakwaan bahawa seorang lelaki membuat
laporan polis kerana tidurnya terganggu akibat laungan azan Subuh dan
bacaan doa yang kuat.
Laporan Berita Harian menyebut, penasihat Majlis Agama Islam
Johor Datuk Noh Gadut mengesahkan bahawa JAJ menerima aduan lelaki
tersebut dan kadi diarahkan untuk menyiasat perkara itu.
“Memang kita ada terima laporan. Bagaimanapun kita bersangka baik dan
menunggu hasil laporan daripada JAJ untuk tindakan lanjut,” katanya
seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Menurut laporan itu lagi, lelaki berusia 56 tahun itu mendakwa bunyi
dari pembesar suara masjid di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang itu terlalu
kuat dan menyebabkan beliau terjaga dari tidur.
Laporan itu menyebut lelaki tersebut juga mendakwa membuat laporan
kepada Pejabat Agama Islam Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang
(MPPG).
Selain itu, lelaki itu juga dilaporkan bertemu dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan sebelum membuat aduan kepada polis.
No comments:
Post a Comment
ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG