Pengamal perubatan alternatif Ibrahim Mat Zain
yang mencetus kontroversi melalui upacara perbomohan untuk mencari
pesawat MH370 mengumumkan beliau akan berlepas ke Australia.
Ibrahim
melalui satu video di Youtube berkata beliau akan menggunakan kaedah
perbomohan Melayunya bagi membantu operasi mencari pesawat berkenaan.
"Pada pandangan saya, sebagai seorang raja bomoh, mereka masih hidup. Ia
(pesawat) mungkin di udara, di pulau tetapi bukan di lautan,” katanya
lagi dalam video berkenaan.
Ibrahim mula mencetus kontroversi apabila muncul muncul di balai
berlepas KLIA pada 10 Mac lalu dengan dua batang buluh dan satu bubu.
Bubu
itu diletakkannya di atas kepala seorang lelaki yang hadir di situ dan
beliau menggunakan batang buluh berkenaan sebagai satu teropong untuk
meninjau ke arah bubu berkenaan sambil membaca surah Yasin.
Kemunculan beliau semasa perhatian dunia tertumpu ke arah kes kehilangan
pesawat berkenaan turut menimbulkan spekulasi bahawa kerajaan terpaksa
menggunakan khidmat bomoh.
Dakwaan berkenaan dinafikan oleh kerajaan Malaysia.
Ibrahim muncul sekali lagi dua hari kemudian bersama tiga orang pembantu
yang diarahkannya supaya duduk bersila dalam satu barisan di atas satu
pengalas, dengan diperhatikan oleh orang ramai.
Dalam
upacara tersebut, salah seorang pembantunya itu menggunakan sebatang
tongkat untuk membuat gaya mendayung sampan dan seorang lagi menggunakan
satu bakul untuk menunjukkan gaya mencedok air.
Individu terakhir dalam barisan tersebut memegang dan menggerakkan buah kelapa di kedua-dua belah tangan.
Dalam upacara itu mereka melaungkah takbir beberapa kali.
Seterusnya dalam satu video yang dikesan pada akhir Mac, Ibrahim dan
empat lagi lelaki menaiki bot sambil seorang daripadanya membuat gaya
meneropong.
Video
itu memaparkan aksi individu yang melakukan upacarfa menguis kayu
berbentuk seperti tongkat ke dalam air seolah-olah mencari sesuatu.
Dalam babak yang lain, dipaparkan pula dua lelaki merentang buluh
panjang yang digantung dengan beduk dan diketuk berapa kali sebelum
diikuti Azan di pinggir laut.
Upacara berkenaan turut mendapat kecaman kerana didakwa bercanggah dengan Islam./~malaysiakini
Remaja Australia ini disebut bakal ganti Usain Bolt
2 minutes ago